Kuala Lumpur: Seorang penjual kereta terpakai dihukum penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memandu kereta dalam keadaan mabuk, tahun lalu. Majistret Haneefa Ariffin menjatuhkan hukuman itu ke atas S. Yagesh, 27, memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini dan sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh akan dipenjara lima bulan. Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung untuk dua tahun. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memandu kereta dengan kandungan alkohol dalam badannya sebanyak 160 miligram (mg) / 100 mililiter (ml) darah iaitu lebih 110 mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 50 mg alkohol dalam 100 ml darah di Jalan Ara di sini pada 2.35 pagi, 10 Julai lalu. Pertuduhan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda minimum RM10,000 dan maksimum RM30,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dari tarikh sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Salsabila Mohammad memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh manakala peguam Charanpal Singh mewakili Yagesh memohon hukuman rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga. Sumber : Harian Metro |
aavakateimani replied at 7-12-2024 06:49 AM
bila nak haramkan arak?
Inigo-Montoya replied at 6-12-2024 10:44 PM
penjara sehari je?aiyooo...mabuk pun tak sempat hilang
Decaffeinated replied at 7-12-2024 01:46 PM
Implikasi masuk penjara tu yang lebih penting. Kemungkinan dia dibuang kerja sebagai contoh.
Nak s ...
Decaffeinated replied at 7-12-2024 02:32 PM
Ada orang serang aku bila aku komen implikasi penjara sehari sampai mendoakan aku kena langgar?
Kal ...
ADVERTISEMENT