CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44232|Reply: 14

Pandu dalam keadaan mabuk, penjual kereta terpakai dipenjara, denda RM10,000

[Copy link]
Post time 6-12-2024 10:29 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Seorang penjual kereta terpakai dihukum penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memandu kereta dalam keadaan mabuk, tahun lalu.


Majistret Haneefa Ariffin menjatuhkan hukuman itu ke atas S. Yagesh, 27, memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini dan sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh akan dipenjara lima bulan.


Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung untuk dua tahun.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memandu kereta dengan kandungan alkohol dalam badannya sebanyak 160 miligram (mg) / 100 mililiter (ml) darah iaitu lebih 110 mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 50 mg alkohol dalam 100 ml darah di Jalan Ara di sini pada 2.35 pagi, 10 Julai lalu.


Pertuduhan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda minimum RM10,000 dan maksimum RM30,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dari tarikh sabitan.


Timbalan Pendakwa Raya Salsabila Mohammad memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh manakala peguam Charanpal Singh mewakili Yagesh memohon hukuman rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 10:44 PM | Show all posts
penjara sehari je?aiyooo...mabuk pun tak sempat hilang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
denda je?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
bila nak haramkan arak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
aavakateimani: bila nak haramkan arak?

Nak kena belasah dengan king kong??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sehari je.. Patut pun mabuk2 gamble je drive
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2024 01:44 PM | Show all posts

Arak memang dah haram untuk muslim cukuplah. Kita patut lebih bimbang jika arak itu halal untuk melayu.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 01:46 PM | Show all posts
Inigo-Montoya replied at 6-12-2024 10:44 PM
penjara sehari je?aiyooo...mabuk pun tak sempat hilang

Implikasi masuk penjara tu yang lebih penting. Kemungkinan dia dibuang kerja sebagai contoh.

Nak simpan lama2 pun buat apa menghabiskan beras ja.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-12-2024 01:46 PM
Implikasi masuk penjara tu yang lebih penting. Kemungkinan dia dibuang kerja sebagai contoh.

Nak s ...

Ko fikir implikasi dia kena buang keje je ke? Padahal boleh je dia elak kene penjara tu sebab dia ada pilihan lain kot. Dh tau mabuk pi la balik rumah naik grab ke tido dlm kereta je ke. Tu pun nasib baik la dia tak terlanggar makbapak orang lain sampai mati. Yang kesan mcm tu ko taknak bersimpati pulak? Bukan pilihan mangsa nak dilanggar oleh pemandu mabuk. Tapi pemandu mabuk ada pilihan untuk tidak memandu semasa mabuk. Sepatutnye org mcm ang la patut kene langgar dgn pemandu mabuk, baru ang boleh ada simpati kot pada mangsa sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 02:32 PM | Show all posts
Ada orang serang aku bila aku komen implikasi penjara sehari sampai mendoakan aku kena langgar?

Kalau tak faham apa orang tulis tak payah lah reply. Geli siot. Or better still, tak payah berforum terus.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 02:34 PM | Show all posts
bukan ada kematian ke ?
kenapa tak kenamin penjara 5 tahun ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah jatuh hukum baru teringat family
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-12-2024 02:32 PM
Ada orang serang aku bila aku komen implikasi penjara sehari sampai mendoakan aku kena langgar?

Kal ...

Betul la apa yg si anne ckp tu..
Ko bila nak tukar gambar dp..aku cam erkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 09:14 AM | Show all posts
sehari je??
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 09:22 AM | Show all posts
cer korang masuk penjara sehari, tengok sangup ke tidak.. sdgkan kena saman trafik terus naik mahkamah pun hati tak tenteram, ini kan pulak memikir nak kena penjara. lainlah dia kena tahan rumah, layak la nak hentam itu ini. denda 10 thn , lesen memandu kena gantung. betul, la dia masih boleh memandu curi2, kalau kantoi, kena hukuman lagi.. kerja penjual kereta, dia kena memandu juga..susah juga dia kalau lesen kena gantung. In this case aku setuju dgn pendapat forumer atas tu, tang implikasi dr hukuan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054379 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list