CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya tak pernah berbual dengan anak soal perceraian’ - Adira Suhaimi

29-11-2024 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 55828| Komen: 11

 


Enggan perceraian memberi kesan terhadap kehidupan sekeluarga, penyanyi Adira lebih selesa tidak membincangkan hal perpisahan bersama bekas suaminya, Datuk Red dengan anak-anak.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata, empat cahaya mata mereka sudah biasa dengan rutin bapa jarang berada di rumah, sekali gus perceraian tidak mengubah suasana.

“Saya memang tak berbual dengan anak mengenai ‘benda’ (perceraian) sebab sebelum ini, ayah mereka selang sehari tiada jadi mereka dah biasa.

“Apa yang saya usahakan sekarang adalah supaya mereka tak rasa kosong.

“Macam mana sekali pun situasi, saya akan pastikan mengisi ruang yang ada dengan mereka,” katanya dalam sesi bersama Usanita.

 


Sembang santai yang turut disertai pengacara, Awal Ashaari itu mengupas mengenai penerimaan anak-anak penyanyi terbabit terhadap perceraian antara Adira dengan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu sejak tujuh bulan lalu.

Menurut selebriti asal Sabah itu, sehingga kini permata hatinya belum pernah mengajukan pertanyaan berhubung statusnya dengan bekas suami.

“Alhamdulillah setakat ini, belum ada pernah ada soalan yang pelik-pelik dari mereka,” ujarnya.
Bahkan akui Adira, sikap Datuk Red yang memenuhi tanggungjawab dengan kerap menjenguk anak-anak membuatkan mereka tidak terasa sebarang perubahan.

“Ayah dia pun rajin datang tengok. Kadangkala ayah mereka pun datang buat ‘live’ dari rumah, jadi mereka gembira,” ujarnya.
Adira dan Datuk Red bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 24 April 2024 iaitu selepas sembilan tahun bergelar suami isteri.

Begitupun, selepas itu penyanyi terbabit menzahirkan perancangan untuk kembali bersama lelaki terbabit, namun sehingga kini belum menampakkan tanda ke arah itu.

Terdahulu, pasangan terbabit bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 29-11-2024 09:11 PM
Edited by MisXoXo at 30-11-2024 02:03 AM

Jgnlah kawin balik dgn jantan ex ko tu adira oiiii..meluattt
Baiklah aman aman sendiri aja hidup.Namti nanti aja kahwin.xkanlah sebab nak marketing.aku sejak ada ex dia ..kt live dia apa..aku xmasuk.betapa aku bygkan napa msian naikkan scammer.betapa ramai mak bapa diperbodohkan oleh dia.bg dia bertanggungjawab.bukan gelak2 suka suka.
Quote merahrose 30-11-2024 12:44 AM
I NEED ATTENTION..
bercerai x rupa bercerai mmg la xda nk bercerita...
nk jual cerita lain x laku..join sumandak concert x fokus ke dia
Quote MisXoXo 30-11-2024 02:00 AM
Edited by MisXoXo at 30-11-2024 02:03 AM

............
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:25 AM
diorg mesti tak tahu parents diorg dah cerai
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:26 AM
comel la ami ni
Quote Akalditipumata 30-11-2024 03:51 PM
Bini 2 kn.. ank dh biasa ayh diorg kjp ade kjp xde.. plus kecik2 lg.. bkn diorg phm pn
Quote exclusive_vvip 30-11-2024 04:03 PM
Adira ni kalu kulit asal camne la rupa agaknya..putih seputih2 nya sbb drip mcm skrg ni pun, takde la lawa bebeno pun..
Quote Nizleen86 1-12-2024 05:39 AM
Dah rujuk ke belum? Asik cite nak rujuk tp takde pun. Sbnrnya ko pun berat hati kan adira? Hidup solo lagi bebas beban tak tanggung mslh ex laki.
Quote Burong_Hantuk 1-12-2024 02:15 PM
stupid!!!!
Quote Joysparta 1-12-2024 02:27 PM
Nizleen86 replied at 1-12-2024 05:39 AM
Dah rujuk ke belum? Asik cite nak rujuk tp takde pun. Sbnrnya ko pun berat hati kan adira? Hidup sol ...

Ulang2 citenya sama je sampai AJM
Quote mrsLucky 1-12-2024 02:34 PM
Edited by mrsLucky at 1-12-2024 02:38 PM

eeeeee jangan ler kawin balik dengan x tu...red flag...dulu dah kawin dua pon masih tergedik kat Ruru..Tulah
Dah miskin, hutang berlambak...bini pon dah taknak...

Dulu bukan ada kes scam jual tanah...?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052504 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top