Tular di media sosial mengenai pendedahan seorang isteri hampir meroyan ketika berada dalam pantang melahirkan anak pertama akibat kelakuan suaminya berlaku curang. Menerusi hantaran tular di Facebook, dia yang dikenali Lynn AyRa akui berada berat untuk menyebarkan perangai suaminya, namun terpaksa berbuat demikian. Dedahnya, suaminya kantoi berlaku curang dan daftar masuk (check in) di sebuah bilik dengan wanita lain ketika dia sedang hamil. “Masa aku mengandung lagi dia dah kantoi check in dengan perempuan. “Masa aku sakit terbaring, tak mampu berjalan selama enam bulan. Dia bersenang lenang cuba perempuan sana sini,”katanya. Apa yang membuatkan si isteri hampir meroyan apabila suaminya sekali lagi kantoi curang ketika dia masih dalam pantang dan ia berlaku pada hari kelahirannya tahun lepas. “Aku hampir meroyan dalam pantang. Aku hampir cucuk pisau dekat perut aku sebab ini. “Iyalah, mungkin sebab aku sakit kot dia cari servis lain. So, bila aku dah sihat, dia balik ke pangkuan. Kantoi juga masa tinggal dengan orang tua dia. “Masa tu, pertama kali terjadi, aku lari dari rumah orang tua dia. So, dia pujuk minta balik, aku balik,”kongsinya lagi. Pun begitu, kepulangannnya ke pangkuan suami seolah-olah tidak dihargai dan sejarah lama kembali berulang sehingga kini. “Anak aku baru setahun tiga bulan tapi macam-macam perempuan dah masuk dalam hidup kami. “Ini pun hanya setengah yang aku tunjuk. Banyak lagi sebenarnya hal curang dia buat,”luahnya berserta beberapa tangkap layar perbualan suami bersama wanita lain. Dalam pada itu, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang pernah diganggu oleh suaminya tampil memberi kerjasama bagi mengelakkan lebih ramai menjadi ditipu. Dedahnya, dia kini dalam proses untuk berpisah kerana tidak mahu hidup dalam keadaan tertekan seumur hidup, selain memberi fokus terhadap anak. Sumber: FB Lynn AyRa, Oh My Media |
mawardia replied at 27-11-2024 12:25 AM
Dalam proses nak bercerai I ols tak percaya.
Dah bercerai baru cerita.
Sebab baaaaaaanyak kali mer ...