CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin bawa keluarga tunai umrah

26-11-2024 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46472| Komen: 392

 


Pelakon popular, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin bawa keluarga menunaikan ibadah umrah di tanah suci makkah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fattah di laman Instagramnya, dia memohon kepada orang ramai untuk mendoakannya supaya urusan untuk mengerjakan ibadah tersebut dipermudahkan.

Dalam perkongsian itu juga, dia bersama ibu bapa dan adik-beradik sempat bergambar di lapangan terbang sebelum bertolak ke makkah.


“Asalamualaikum semua..doakan perjalanan kami sekeluarga menjalani ibadah umrah di permudahkan, dilindungi serta mendapat umrah yang mabrur insya-Allah,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu, Fattah menjadi bualan hangat ramai apabila dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran bagi jenama daging perap terkenal, Pak Mat Western yang sudah berkuatkuasa sejak 20 November lalu.

Dia akan merancang dan melaksanakan pembangunan, perkembangan serta kemajuan strategi jualan dan pemasaran usahawan melalui media massa serta media sosial Pak Mat Western.

Sekadar info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Sumber: Oh My Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 26-11-2024 11:15 PM
Bestnya!!! Tahniah FA dan family!. Semoga selamat semuanya pergi dan balik.
Quote orkid_amani 26-11-2024 11:28 PM
Kali ke2 FA buat umrah kan..dulu 1st p dgn wife lepas nikah..ni lepas cerai p dgn family pulak
Quote aint 26-11-2024 11:38 PM
Semoga dipermudahkan urusan.

nway, ada terbaca dulu2, kata fatah tk byr cukai, so tk bole fly luar ...
Quote Frangapini 26-11-2024 11:45 PM
orkid_amani replied at 26-11-2024 11:28 PM
Kali ke2 FA buat umrah kan..dulu 1st p dgn wife lepas nikah..ni lepas cerai p dgn family pulak

Tak silap ;- Masa bujang , sekali. Kemudian masa bertunang dgn Faz sekali, dah kahwin dgn Faz sekali ( 3 kali yg I tahu )



Quote orkid_amani 26-11-2024 11:46 PM
Frangapini replied at 26-11-2024 11:45 PM
Tak silap ;- Masa bujang , sekali. Kemudian masa bertunang dgn Faz sekali, dah kahwin dgn Faz seka ...

Ooh yaa ka..murah rezeki FA dapat p umrah
Quote rosevelvet 26-11-2024 11:55 PM
orkid_amani replied at 26-11-2024 11:28 PM
Kali ke2 FA buat umrah kan..dulu 1st p dgn wife lepas nikah..ni lepas cerai p dgn family pulak

Sblm tunang pun deol asa pergi
Quote hokeypokey 27-11-2024 12:23 AM
tak bawak fatima pon, sampai hatii
Quote pocongkiutss 27-11-2024 12:25 AM
hokeypokey replied at 27-11-2024 12:23 AM
tak bawak fatima pon, sampai hatii

Maknya bg ke pun lgpun belum cuti sekolah meh
Quote pocongkiutss 27-11-2024 12:25 AM
Semoga dipermudahkan la segala urusan
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:08 AM
alhamdulillah semoga mendapat umrah yg mabrur
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:11 AM
komen yg murni2 shj ye
Quote lasagna 27-11-2024 08:22 AM
alhamdulillah.. di saat2 kehilangan, keluarga juga tmpt heol kembali. moga mandapat umrah yg mabrur.. amin amin.
Quote pinkpunk 27-11-2024 08:23 AM
aik baru keje dah ada annual leave ke? huntunglah jual muka je PMW tu
Quote princessmiang 27-11-2024 08:40 AM
Siannya acik2 keledek kena tinggal..sampai hati..gigih acik2 keledek bergadai bagi gift
Quote codenamedream 27-11-2024 08:45 AM
Frangapini replied at 26-11-2024 11:45 PM
Tak silap ;- Masa bujang , sekali. Kemudian masa bertunang dgn Faz sekali, dah kahwin dgn Faz seka ...

4 Kali.
Masa berlakon dgn Erma ada pergi umrah juga.
Quote MisXoXo 27-11-2024 09:20 AM
Apa yg tersakiti membe nk g umrah tu..xbwk farima bagai..mestilah ada sebab xbawa.
Doakan ajalah baik2
Quote Denco 27-11-2024 09:21 AM
Moga mndapat Umrah yg mabrur
Quote Shinichikudo 27-11-2024 09:35 AM
seronok tengok fattah yang sekarang. semoga dapat umrah mabrur fattah sekeluarga.
Quote nonarona 27-11-2024 09:43 AM
Alhamdulillah

Lihat semua komen(392)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.097359 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top