CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangani Penghuni Liat Nak Bayar ‘Maintenance’, Sistem Kad Akses Akan Dilaksana Di Flat PPR Tahun Hadapan

26-11-2024 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17213| Komen: 42

 


Bermula tahun hadapan, flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan mempunyai sistem kad akses yang dilaksanakan di bawah Program Residensi Rakyat.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, semua penghuni akan mendapat dua kad akses yang mana pertamanya untuk kegunaan akses pintu masuk berpagar dan keduanya untuk kegunaan di lif.

Jika penghuni membayar maintenance seperti yang ditetapkan, mereka akan mendapat akses di perumahan itu dan sesiapa yang enggan akan dihalang akses bagi kedua-dua kad tersebut.

"Sekiranya mereka bayar, akan dapat akses. Mereka enggan bayar, saya mohon maaf (tiada kompromi). Itu saja."

 


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata inisiatif itu dasar keprihatinan kerajaan dalam memastikan penyelenggaraan bagi setiap residensi boleh dilakukan secara berkala dengan kerjasama penghuni di sesebuah PPR.

Tambahnya, dalam tempoh dua tahun sahaja, kerajaan telah membelanjakan hampir RM300 juta untuk membaiki, menyelenggara dan membaik pulih mana-mana bangunan PPR yang didapati usang atau pun daif.

"Kita juga perlukan kerjasama semua penghuni sebagai satu komuniti yang aman sentosa dan sentiasa saling hormat menghormati."


Sumber : Astro Awani, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 26-11-2024 03:08 PM
satu tindakan yang bernas dan bagus untuk menjaga displin penduduk.

pastikan pagar dan CCTV dipasang bagi merakam kemasukan haram...

nak hidup macam orang Jopun, tapi displin tiada, kena keras sikit macam Komunis baru ada akal diaorang ni...
Quote afie_m 26-11-2024 03:41 PM
idea bagus, mmg patut dilaksanakan..
Quote kakikuDibibirmu 26-11-2024 03:45 PM
PPR tingkat 2 pantai dalam tersenyum sinis
Quote nisako 26-11-2024 03:51 PM
bagus juga
Quote zafira 26-11-2024 03:54 PM
Ada kad, tak ada kad sama aje.. tak boleh naik lif, boleh aje naik tangga.. tang pintu masuk berpagar tu tak dapat nak bayangkan macamana..
Quote kucingitam 26-11-2024 04:00 PM
bagus.. nak naik tangga kalau 2-3 tkt larat lah..pun kalau larat.. kalau rumah dah 20 tingkat... ada daya ke nak naik demer tu..
Quote Sazreena 26-11-2024 04:06 PM
Baguslah ada perubahan utk tangani masalah liat bayar penyelenggaraan tapi knowing pprt ni...hmm. Kad tu sesilap dorang buat sewa. Nak pinjam pakai utk hari, ha bayar dulu...hahha. Tak pun, sapa yg xde kad pepandailah bawak bincang/harapkan ehsan org yg ada kad. Sekadar teori sajorkk...
Quote Prickford 26-11-2024 04:29 PM
Cuma nak tau la, contoh la rumah bertingkat gini, mmh dah dibeli, habis bayar, geran dlm tangan. Bila culas bab mentenen tu, kalau akses deyols disekat, mmg boleh ke, atau salah jugak nnt hujung ceritanya?
Quote silance 26-11-2024 06:03 PM
NKM ni walaupun dap totok, ramai mulayu tak suka, tapi dia memang buat kerja. From time to time ada je updates pasal portfolio dia ni dalam berita semasa. Menteri dari portfolio ni yang lepas-lepas, sorang pun aku tak kenal sebab takde/jarang keluar berita.
Quote syamzana 26-11-2024 06:23 PM
Prickford replied at 26-11-2024 04:29 PM
Cuma nak tau la, contoh la rumah bertingkat gini, mmh dah dibeli, habis bayar, geran dlm tangan. Bil ...

umah ppr iols tatau tp kalau lain2 yg seangkatan even dah ada geran pun kalau mentenen tak byr jmb blh cut access tu (biasa ada yearly mtg utk minta kata sepakat buat rules ni). umah strata rasanya semua sama je akan ada rules utk byr mentenen samada high rise/landed.
Quote ultra78 26-11-2024 08:11 PM
syamzana replied at 26-11-2024 06:23 PM
umah ppr iols tatau tp kalau lain2 yg seangkatan even dah ada geran pun kalau mentenen tak byr jmb ...

Rumah strata tuan rumah kena bayar maintenance sampai mati atau hingga dijual kepada orang lain.
Quote syamzana 26-11-2024 08:21 PM
ultra78 replied at 26-11-2024 08:11 PM
Rumah strata tuan rumah kena bayar maintenance sampai mati atau hingga dijual kepada orang lain.

ye betul...
i prefer mcm ni, kalau umah landed pun akan terjaga herlok pandangan (takde reno bukan2 mcm yistana semak mata) segala tempat sampah/taman/tmpt jogging elok terjaga. parking kete permanent kat luar smpai makan jalan pun takde tp tmpt lain tatau la taman iols dulu camni.
yg hangen bila ade naharom culas bayar pastu baik plak dgn management elok je keluar masuk building patut cut je air+access card mudah cerita.
Quote mrsLucky 26-11-2024 08:22 PM
bagus...maintenance kena bayar untuk kebaikan penduduk juga...
Quote honeybee1802 26-11-2024 08:45 PM
Bgs la..biot dia menapak naik tangga tu...
Quote ninja boy 26-11-2024 09:04 PM
Edited by ninja boy at 26-11-2024 09:05 PM

Kesian la org oku ka org tua x bekerja berhempas bayar, takut duk srata x mau beli dan buat setinggan
Quote nw111 26-11-2024 09:29 PM
Bab ni i sokong la cina dap ni
Quote nw111 26-11-2024 09:34 PM
kucingitam replied at 26-11-2024 04:00 PM
bagus.. nak naik tangga kalau 2-3 tkt larat lah..pun kalau larat.. kalau rumah dah 20 tingkat... ada ...

2,3 tingkat pun , kalau time shopping groceries nak bwk beras 10kg, minyak 5kg, susu tin pekat manis 10 tin, berkicap jugak..padan muka
Quote nw111 26-11-2024 09:36 PM
Sazreena replied at 26-11-2024 04:06 PM
Baguslah ada perubahan utk tangani masalah liat bayar penyelenggaraan tapi knowing pprt ni...hmm. Ka ...

Ada yg share kad nanti...byr 50% share dgn nebor sebelah...
Quote akies 26-11-2024 09:45 PM
eloklah tu. Tak bayar, tak boleh access ke rumah.
Baru masing2 ada akal

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.120807 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top