Aset serta beberapa buah kereta mewah milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita berikuta gagal menyelesaikan hutang. Memetik mStar Online, perintah tersebut dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan sekita jam 9 pagi tadi di banglo milk usahawan itu. Difahamkan, usahawan itu gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018. Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian banggunan pejabat usahawan itu yang terletak di Elite Industrial Park, Seksyen 33, Shah Alam. Barangan disita antaranya empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7. Menurut peguam plaintif, sekiranya Vida dapat membayar ganti rugi dalam tempoh dua minggu, proses lelongan barangan yang disita akan dihentikan.
“Tarikh lelongan sudah ditetapkan pada 9 Disember depan dan barnagan yang disita merupakan keseluruhan barangan di rumahnya serta empat buah kereta,” kata peguam. Difahamkan, Vida tiada di kediamannya ketika proses sitaan dipercayai berada di China. Menurut wakil syarikat Ah Design Communication, pihak mereka terpaksa mengambil tindakan berikuta selepas beberapa kali cuba berbincang dan pernah berurusan dengan peguam namun tiada maklum balas.
|
apedehal replied at 25-11-2024 07:40 PM
Cringe nya bideo makeup tu..nyesal bukak n tgk
Fazzbulous: bisnes apa je bidah ni skang s ...
petai011212 replied at 25-11-2024 08:41 PM
kalau kira2 keta2 dan barang rumah tu cukup kut nak bayar hutang. sebab tu lawyer/owner pun tak gigi ...
SR4tahun replied at 25-11-2024 08:00 PM
Passl komen uols ni iols bukak ig sheols tu lalu iols pun menyesallllll
ADVERTISEMENT