CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasatan kes Faisal Halim disimbah asid oleh USJT Bukit Aman - KP Selangor

22-11-2024 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 78091| Komen: 7

 


Shah Alam: Kes membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid berada di bawah siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata demikian ketika dihubungi untuk status terkini siasatan kes itu.

"Siasatan oleh USJT Bukit Aman. Kena minta komen (kenyataan) Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya ringkas.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Najwan Halimi memaklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bahawa, kerajaan negeri masih menunggu laporan siasatan kes berkenaan.

Najwan memaklumkan Speaker DUN Selangor sudah menulis surat kepada pihak polis berhubung usul yang dipersetujui secara konsesus dalam sidang DUN pada Julai lalu, yang mahukan laporan siasatan didedahkan kepada umum.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 23-11-2024 12:13 AM
kaaataaaanyaaaaaaa
Quote aavakateimani 23-11-2024 06:43 AM
pah ceroh siasat
Quote aavakateimani 23-11-2024 06:43 AM
pelaku ada di jamaica
Quote cm_vungtau 23-11-2024 08:13 AM
Lah lambatnya. Aku ingatkan ada orang upkan berita lama
Quote nisako 25-11-2024 08:24 AM
sian faisal celako sungguh org yg simbah tu
Quote jerukkedondong 25-11-2024 08:08 PM
samseng tahi kucing..
dah suruh balaci simbah buat2 tak
tahu pulak
Quote edayildiz 25-11-2024 09:19 PM
ohhh begituuu ke...
semoga abg yg up ig stories masa kes ni awl2 dulu dilindungi oleh Allah swt la ye..


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.387437 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top