CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Getah Turun, Penoreh Getah Hanya Dapat RM400 Sebulan

2-1-2016 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11136| Komen: 65


Oleh : Dean BZ

Gambar hiasan.


Ekonomi negara yang tidak stabil turut memberi kesan besar terutamanya kepada penoreh getah semenjak harga getah semasa turun kepada RM1.92 sekilogram.

Memetik dari sinarharian, seorang penoreh getah dari Gemencheh memberitahu harga getah semasa yang terlalu rendah membuatkan dia terpaksa berjimat cermat dalam berbelanja.

“Sejak harga getah jatuh RM2 sekilo, pendapatan bulanan saya hanya RM400 hingga RM500 saja. Dah setahun tak naik-naik... harga getah turun,” kata Zali Sani, 56 kepada akhbar itu.

“Pendapatan bulanan saya habis macam tu saja. Barang sekarang mahal, dengan RM400 cukup untuk belanja dapur dan keperluan saya dan isteri saja.

“Saya terpaksa buat kerja sampingan baiki rumah untuk cari duit tambah,”
katanya di sini, semalam.

Zali yang merupakan bapa kepada seorang anak, turut berharap kerajaan dapat menaikkan bantuan ini kerana kos hidup yang semakin tinggi ditambah pula harga barang naik mendadak. - CARI Infonet.


11

Bagus
22

Marah
8

Terkejut
21

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-1-2016 09:39 AM
Bagi penoreh getah...depa ni boleh ja buat 2 kerja....kalau harap duit menoreh memang tak.cukup....balik menoreh tengahari....petang boleh buat kerja lain...
Quote zeed 2-1-2016 09:41 AM
Nenek aku baru lepas mengadu minggu lepas..dulu penuh poket cina yang toreh getah dia..sekarang sikit sgt...kena bagi 2 lagi...nasib baik nenek aku ada pencen atuk aku..anak2 dan cucu pon hulur gak..
Quote noor2 2-1-2016 09:49 AM
Edited by noor2 at 2-1-2016 09:54 AM

Bila musim hujan memang penoreh x bekerja satu hari...boleh ja berniaga pisang goreng atau jual kuih muih...selagi boleh buat duit jangan lepaskan peluang ...

Simpati dengan nasib rakyat yang berpendapatan rendah yang susah nak hidup tambah2 yang anak ramai dan masih bersekolah dikala ekonomi kita yang merudum dan harga barang naik...

Baru ni beli.buku kerja dan buku tulis sorang anak termasuk baju sukan pun cecah rm216.00.......tu baru sorang belum masuk baju..bag..kasut...dan belum.masuk yuran
Quote aechae 2-1-2016 09:51 AM
Ladang getah arwah tokki iols dh bertahun terbiar...upah indon kerjakn pn dorg lari dh sbb siket sgt dpt...my abh n pakcik sume x amek pn hasil..jnji ada org jaga n kerja kn pn jd lah  kt hulu nunn dorg mls nk jga n jengok slalu..

Haritu blk kg g tgk dh bleh convert jd ladang rimau babi hutan kot...xpn ladang ciklang n cikpon
Quote periakuning 2-1-2016 09:53 AM
Setuju dng noor2
Buat la 2 keja..jgn harapkan menoreh saje..
Bercucuk tanam pun ok gak..
Dapat hasil jual..
Buat kuih2..
Pastu anak2 tu hulur2 la sikit kat parents..
Quote bluehedgehog 2-1-2016 09:58 AM
gi isi borang ahli umno, jilat kaw2, sertai geng ali geng jamal...
inshaallah... anda akan kaya
Quote akusukaq 2-1-2016 10:00 AM
nampak nya masing masing kena le tolong diri sendri dgn apa apa kerje yg halal.
jual kuih ke, tanam sayo , bela ayam itik,semua pun ok
Quote noor2 2-1-2016 10:01 AM
periakuning replied at 2-1-2016 09:53 AM
Setuju dng noor2
Buat la 2 keja..jgn harapkan menoreh saje..
Bercucuk tanam pun ok gak..

Sekarang ni bukan zaman kita berlewa2 atau bermalas-malas...selagi boleh buat duit kita buat..

Tp.cadangan mat selan untuk semua rakyat buat 2 kerja tu kena tengok pada kerja sebab noor sendiri x manpu buat 2 kerja walau dah cuba...kena tengok bidang kerja kita..dulu noor cuba masuk insuran...tp x msmpu sebab kerja bidang construction balik pun dah malam..1 kerja pun terkejar2...tak.cukup masa nak siapkan...memang x mampu buat insuran...terus stop..bukan tak nak..sapa tak nak duit lebih..

Tapi tu la..masa ..kita nak rehat. .masa dengan anak2. .lagi satu bila buat insuran malam2 pi kelas..balik rumah dah lewat...esoknya nak.kerja  langsung tak bermaya...so..kurang kualiti kerja sepatutnya..nanti x produktif dan kurang kualiti tak.pasal2 kena buang kerja..
Quote cm_matjawasp 2-1-2016 10:04 AM
Sabo la pakcik ..tak lama dah nak dapat Brim..tahan la setahun syukurr
Quote wana89 2-1-2016 10:10 AM
Ada org kg yg wana kenal, masa getah mahal dulu.. Depa dah beli something utk buat berniaga. Mcm kg wana, deyol buat kanopi, beli lori kecik  .. Kalo buat kenduri or kahwin boleh ler..lori tu pun kalo org kg nak sewa pun boleh. Memang mahal sikit tp niat nak menolong. Lelaki sekarang harga getah jatuh.. At least deyol ada juga something utk survive
Tu ayah wana selalu pesan.. Masa senang kena beringat walaupun kerja gomen sekalipun.. Ayah wana memang kaki saving, heol xbelanja suka hati kecuali bab makan..lelagi heol pencen awal sbb buka firm. Memang dpt sagu hati tp mana ler cukup sgt utk buat modal. Walaupun heol professionals, xbyk sgt competitors dalam bisnis heol.. Tp kena beringat juga. Lagi satu, heol xsuka hutang tanpa sebab.. Creadit card pun xada
Wana kecik dulu, rumah wana xada astro pun, PS2 pun xada walaupun jauh dr mampu pun. Yang ada game 10 hinggit pasar malam dgn Lego, dgn kereta Kot.. Dulu xsuka..yelah tengok kawan2 ada game best tapi  bila dah besar, wana learn something.
Quote noor2 2-1-2016 10:18 AM
Anak saya umur 11 cadangkan saya buat aiskrim malaysia....katanya dia nak jual kat kawan2 dia waktu dia bermain petang2...

So..katanya ada orang jual.50sen satu dan kawan2 dia beli...jadi dia suruh saya buat jual.bawah sikit dari harga tu..haha....gelak saya dengar tapi sebab kemahuan dia nak kumpul duit sendiri saya buatkan ...bagus dia pikir nak cari duit...la ni saya buat ais bandung ...milo...sirap....haa ko....jual la dalam 30sen satu ...biar la dia suka nak buat duit sendiri...
Quote sabbath_shalom 2-1-2016 10:22 AM
Kesiannye dengar cerita Malaysian...cash la kann..dulu kau undi siapa???
Quote white_musk 2-1-2016 10:24 AM
bukan ke bagus noreh getah sebab suatu masa dulu ramai orang nak berenti keje untuk pulang ke kampong noreh getah... kaya katanya
Quote _______ 2-1-2016 10:31 AM
Kebun 1.2 hektar je. Kalo saiz biasa 3 hektar
Quote nikaido 2-1-2016 10:32 AM
Boros betul family ni. Najib kata duit Brim cukup utk belanja setahun
Quote arasham 2-1-2016 10:41 AM
noor2 replied at 2-1-2016 09:39 AM
Bagi penoreh getah...depa ni boleh ja buat 2 kerja....kalau harap duit menoreh memang tak.cukup....b ...

Ada penoreh getah yg saya kenal dulu time getah mahal gila siap pelekeh kami yg mkn gaji ni. Siap ckp kat suami, abg balik kg toreh getah lagi banyak dari gaji abg sekarang, masa tu suami adalah 7k, so bayangkan bapa sebln dia dpt. siap beli preve n exora, sekarang ngeluh je nak bayo utang.. Saya lantaklah labu.. Time duit banyak bkn bermewah, menyimpan, nanti bila susah duit keje tuk hang ok..
Quote noor2 2-1-2016 10:48 AM
Edited by noor2 at 2-1-2016 10:50 AM
arasham replied at 2-1-2016 10:41 AM
Ada penoreh getah yg saya kenal dulu time getah mahal gila siap pelekeh kami yg mkn gaji ni. Siap  ...


Hehe...masa tu harga getah memang tinggi...tapi getah ni x lama pun harga dia tetap macam tu..silap la kalau tak beringat..

Noor terkenang kawan perempuansekelas noor yang tak bernasib baik dalam pelajaran...sekarang kerja dia menoreh laki bini...anak ramai pulak.tu semua masih bersekolah...hidup dia memang susah...dhaif.

Balik.kampung nanti nak singgah nak hulur sikit mana yang termampu...sebab baru ni salah sorang anak dia meninggal tak sempat nak melawat.
Quote ultra78 2-1-2016 10:55 AM
white_musk replied at 2-1-2016 10:24 AM
bukan ke bagus noreh getah sebab suatu masa dulu ramai orang nak berenti keje untuk pulang ke kampon ...

Kerajaan memberi gambaran bahawa pekebun getah akan dapat pendapatan yang baik. Tetapi secara realitinya getah adalah komoditi dunia. Harga boleh naik dan turun berdasarkan harga pasaran dunia. Adakah mereka lupa bahawa bukan Malaysia sahaja yg mengeluarkan getah.Thailand,Indonesia dan Vietnam juga pengeluar getah yang besar. Bila tawaran melebihi permintaan, harga akan merudum.


21 Januari 2014

Pendapatan penoreh getah disasar RM4,000 sebulan
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan pendapatan RM4,000 sebulan untuk setiap keluarga penoreh getah di seluruh negara bagi meningkat produktiviti industri getah menjelang tahun 2020.Pengerusi dan Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata ia bertujuan menggalakan minat generasi muda menceburi bidang perusahaan getah selain memperkasakan komuniti dengan mewujudkan lebih ramai usahawan komuniti getah Risda.

Beliau berkata sasaran pendapatan itu juga akan melenyapkan persepsi negatif orang ramai terutama generasi muda terhadap industri getah, yang menganggap ia hanya memberikan pendapatan yang tidak lumayan.


28 Oktober 2014

1,000 penoreh getah berhimpun

Seramai 1,000 penoreh getah dari daerah Selama berhimpun untuk meminta kerajaan segera mencari alternatif terbaik dalam mengatasi kejatuhan harga getah.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Larut, Nazri Din berkata, ketika ini harga getah jatuh mendadak hingga mencapai RM 1.40 sekilogram.



Quote anarina 2-1-2016 11:00 AM
Nasib bijak anak sorang je. Kalau anak berderet2

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.108073 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top