Kecewa dan tidak puas hati, pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kesal terhadap individu yang dipercayai pekerjanya selepas ditangkap melakukan kegiatan pecah amanah. Kata Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 48, sejumlah wang dipercayai hasil jualan perniagaan yang diusahakan isterinya, Datin Diyana Halik disonglap individu tidak bertanggungjawab tersebut. “Bini aku bagi kau rezeki untuk bagi anak dan laki (suami) kau makan. Tapi kau choose to (pilih) balas bini aku dengan mencuri duit sales (jualan) selama ini. “Rupanya kau telan duit halal dia dalam mulut kau secara haram. Aku saksi dia ke hulu ke hilir, penat sampai sakit. “Kau seorang yang keji, hipokrik, biadab, pendusta dan manusia yang tidak bersyukur,” katanya dalam Instagram. Dalam pada itu, Aaron turut memberitahu nilai wang terbabit dianggarkan dalam jumlah yang besar.
“Aku tidak akan pernah melupakan muka kau. Berpuluh ribu kau songlap. “Isteri aku kongsi rezeki kau macam ini,” katanya. Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut media sosial lain menasihati pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu untuk membuat laporan polis. Selain netizen, rakan artis Azza Elite turut menasihatinya untuk mengambil tindakan undang-undang. “Buat laporan polis. Saya memang tidak boleh terima orang seperti ini,” kata Azza. Bagaimanapun, Aaron tidak menjelaskan secara terperinci tentang tarikh kejadian itu berlaku termasuk identiti pelaku. SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
BlackpingU replied at 13-11-2024 10:18 PM
Nama betul dia Harun kan?
BlackpingU replied at 13-11-2024 10:18 PM
Nama betul dia Harun kan?
hyie replied at 13-11-2024 10:24 PM
Aaron Mustapha Aziz
“Kau seorang yang keji, hipokrik, biadab, pendusta dan manusia yang tidak bersyukur,” katanya dalam Instagram.
BlackpingU replied at 13-11-2024 10:18 PM
Nama betul dia Harun kan?
edoraixora replied at 14-11-2024 09:28 AM
kenapa abe mat haron makin pprt ni
asik meroyan jer, dulu2 macam classy jer
L.U.S.M replied at 13-11-2024 10:36 PM
Alahai..mesti xnk report risau lhdn kejar kan
prince_marhaen replied at 14-11-2024 10:07 AM
Tok Mat Harun kuat menceceh jugak dekat socmed kan.... ayat lak semua rempit2 gangster2 kongsi gelap ...
ADVERTISEMENT