Seorang lagi bekas staf dakwa stesen TV milik pengacara terkenal gagal membayar gaji pekerjanya termasuklan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak beberapa bulan lalu. Menerusi video yang dikongsi personaliti televisyen, Meyra Khan di TikTok, dia meminta orang ramai untuk menularkan perkara tersebut kerana memikirkan tentang nasib-nasib yang dihadapi oleh staf dan juga bekas staf kepada stesen TV berkenaan. Ujarnya, dia sudah lama menahan sabar apabila bercakap mengenai isu gaji kerana tidak faham mengapa pihak pengacara tersebut menangguhkan urusan pembayaran gaji para pekerjanya. “Gaji lambat satu bulan kita dah tahan.
“Lama ye tahan, bertahun, kalau gaji lambat tiga bulan ini.. satu bulan ini pun sudah melanggar undang-undang Malaysia. “Kalau lambat tiga bulan kita tak tahu undang-undang mana yang digunakan,” tanya Meyraa. Disebabkan itu, dia meminta orang ramai untuk menularkan tentang perkara berkenaan tunggakan gaji yang dipercayai belum lagi dilunaskan oleh pihak stesen TV milik pengacara terkenal berkenaan sejak beberapa bulan yang lalu. Ujarnya lagi, bukan hanya gaji, caruman KWSP dan SOCSO turut tidak dilunaskan sehingga mereka juga buntu apa yang harus dilakukan memandangkan hanya seorang pekerja sahaja. “Jadi kepada korang semua yang melihat video ini tolong, bantu lah kami. “Macam-macam dah dibuat, kita ni manusia kerdil je awak. Jadi kami perlukan bantuan awak untuk viralkan. “Mungkin lepas viral baru dia nak bayar gaji semua staff-staff, bukan gaji sahaja, EPF, SOCSO, KWSP. Maka bantulah kami untuk menarik perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab,” ujarnya. Jelas Meyraa, disebabkan tunggakan gaji yang sudah masuk 3 bulan tidak dibayar, pelbagai masalah dihadapi oleh pekerja dan bekas pekerja memandangkan perlu membayar pelbagai komitmen untuk diri serta keluarga. “Saya seorang tak mengapa, namun bayangkan mereka yang berkeluarga. Macam mana nak sara keluarga kalau tiga bulan tiada gaji,” tambahnya. Pendedahan yang dibuat oleh personaliti televisyen itu susulan tularnya satu hantaran di platform X apabila seorang bekas pekerja mendakwa sebuah stesen TV milik pengacara popular turut tidak menjalankan tanggugjawab terhadap pekerjanya selepas berita seorang pelawak didenda kerana tidak mencarum Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) baru-baru ini. Diharap pihak-pihak berwajib dapat menyelesaikan permasalahan ini dan memikirkan tentang nasib para pekerja yang mana mempunyai tanggungan serta komitmen yang perlu dilunaskan. SUMBER: – Oh Media |
epal_putih replied at 13-11-2024 10:02 PM
Sape pulok...
ADVERTISEMENT