Kota Bharu: Seorang wanita diberkas polis Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas didapati memiliki 19 ekor burung yang dilindungi. Suspek berusia 25 tahun diberkas sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang melakukan serbuan Ops Bersepadu Khazanah di kediamannya di Kampung Dusun Durian Tawang, Bachok, di sini, semalam. Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, 19 ekor burung membabitkan tiga spesis itu disimpan tanpa kebenaran dan dianggarkan benilai RM39,750. Katanya, rampasan membabit 11 ekor burung Murai Batu, seekor burung Luris Leher dan tujuh ekor burung Kunyit Pacat yang ditemui dalam premis berkenaan tanpa dokumen penyimpanan rasmi dari Perhilitan. "Suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya semalam. Beliau berkata, PGA dan PERHILITAN akan terus mempergiatkan usaha bagi melindungi hidupan liar dari terus terancam di dalam negara. SUMBER: – Harian Metro |
sayurmayur88 replied at 14-11-2024 07:13 AM
iolls minat jugak bela burung (yg tak terancam mcm merpati, tekukur), tapi risau berdosa ke??
sebab ...
jari10 replied at 14-11-2024 08:21 AM
Kau try kurung diri kau sendiri dulu ..tengok apa rasanya
ADVERTISEMENT