CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jet halimunan Russia, Su-57 buat penampilan sulung pada pameran di China. Patutkah Malaysia beli?

13-11-2024 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10328| Komen: 27

 


BEIJING – Jet pejuang halimunan generasi kelima Russia, Su-57E membuat penampilan sulung pada Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China ke-15, yang bertujuan untuk menarik perhatian peserta dan pembeli antarabangsa, lapor majalah The National Interest.

Konglomerat industri ketenteraan milik Russia, Rostec menaruh harapan tinggi pada penampilan Sukhoi Su-57E tersebut, dalam acara yang bermula semalam di luar bandar Zhuhai, wilayah Guangdong.

Agensi berita Russia, Tass melaporkan bahawa Su-57E meluncur di langit pada hari pertama ekspo tersebut dan menarik minat ketara daripada peserta pertunjukan udara.

Tass ketika memetik Ketua Pegawai Eksekutif Rostec, Sergey Chemezov sebagai berkata:  “Su-57 adalah satu-satunya pesawat generasi kelima di seluruh dunia yang telah menunjukkan ciri prestasinya yang luar biasa dalam semua senario pertempuran. 


“Jet pejuang itu juga mempunyai daya tahan yang mengagumkan kerana signatur radarnya yang rendah dan sistem pertahanan atas pesawat yang canggih,” tambahnya.

Selain Su-57E, sebuah lagi jet pejuang halimunan milik China, J-35 menjadi tumpuan pada acara itu. Ia dilaporkan dibina menggunakan teknologi ketenteraan yang ditiru dari Amerika Syarikat, lapor laman berita EurAsian Times – AGENSI 


SUMBER:  – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 13-11-2024 12:02 PM
Tampaknya jet halimunan buatanMalaysia PTM-6 yang akan mengudara tahun 2030  X  kalah hebatnya dengan SU-57  Russia ini .... Hehehehe



TAHNIAH -  Pesawat Pejuang Buatan Malaysia PTM-6 Akan Terbang Mengudara 2030
Quote Binodino 13-11-2024 12:56 PM
Ada duit ke nak beli masalahnya?
Beli kapal selam pun takleh menyelam. Kapal pun tak siap2.
Quote airfilterkotor 13-11-2024 01:02 PM
[youtube]3iaYyYFicMw[/youtube]
Quote gigahertz 13-11-2024 01:09 PM
ni nak beli kena beli banyak. beli 70 biji .
yang guna 60 biji yang lebih utk sparepart.
Quote otai_g 13-11-2024 01:12 PM
gigahertz replied at 13-11-2024 01:09 PM
ni nak beli kena beli banyak. beli 70 biji .
yang guna 60 biji yang lebih utk sparepart.

Setuju. Aku beli jam tgn dr china. Lps 2 tahun spare part dia da Tade kat market. Tali jam je pun. Last2 jam tu terpaksa la dibuang
Quote gigahertz 13-11-2024 01:49 PM
Edited by gigahertz at 13-11-2024 05:55 AM
otai_g replied at 13-11-2024 05:12 AM
Setuju. Aku beli jam tgn dr china. Lps 2 tahun spare part dia da Tade kat market. Tali jam je pun. ...

barang china boleh beli dan jual balik. tapi tidak boleh di simpan @ stock-up.barang china ni sangat-sangat bergantung kepada warranti & experience si penjual.
Jenama U.S & Europe boleh stand lama sebab matawang dia besar. dia jual pun untung.
dia maintan pun untung. acceosries lagi la untung.
tapi brand China dia untung 1st jual tu je. kalau dia support sparepart mmg rugi.
beza Russia & China. barang Russia boleh beli dan di simpan.
peram 10-20 tahun. Missiles pun boleh guna Su-30MKM punya missiles.


Quote Skuau 13-11-2024 03:18 PM
1 kg bape rm???
Quote AbukRokok 13-11-2024 04:18 PM
betul ke halimunan sepenuhnya?
kehebatan russia dah kalahkan ukraine?

byk pengguna traditional senjata russia dah beralih ke negara lain sbb russia xboleh supply sbb nak memenuhi keperluan 'domestik'

jgn berangan2
Quote piyek92 13-11-2024 09:38 PM
mampu ke masalahnya.berapa buah kalau mampu?.Harga jualan pesawat ini ialah sekitar $50 Juta (~RM 214 Juta) sebuah. nak beli pesawat hornet yg kuwait dah pakai pun masih belum confirm ini kan pulak pesawat generasi ke-5. belum cerita nak maintain lagi tapi kalau dapat memang gile lah ketar ketir negara2 jiran
Quote kakikuDibibirmu 13-11-2024 10:37 PM
Telowong ghaib bawah dasar lawut khalifah limguanjeng tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 13-11-2024 10:43 PM
Skuau replied at 13-11-2024 03:18 PM
1 kg bape rm???

apa dah macam daging pulak timbang pakai kati

[youtube]DrK_obELK0g[/youtube]

http://youtu.be/DrK_obELK0g
Quote kotakbaju 13-11-2024 10:47 PM
piyek92 replied at 13-11-2024 09:38 PM
mampu ke masalahnya.berapa buah kalau mampu?.Harga jualan pesawat ini ialah sekitar $50 Juta (~RM 21 ...

Jap, apa yang halimunannya

Jet ni time terbang boleh menghilangkan diri ke atau camne
Quote kakikuDibibirmu 13-11-2024 10:54 PM
kotakbaju replied at 13-11-2024 10:47 PM
Jap, apa yang halimunannya

Jet ni time terbang boleh menghilangkan diri ke atau camne  ...

Jet ni tak dapat dikesan dalam radar, know-know ended in Indian Ocean

[youtube]XD1cxSE25ck[/youtube]

Quote kotakbaju 13-11-2024 11:03 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-11-2024 10:54 PM
Jet ni tak dapat dikesan dalam radar, know-know ended in Indian Ocean

Cuma tak dapat dikesan dalam radar aje la ye. Hmm okay thanks.
Quote Minyakyuyi 14-11-2024 01:00 AM
kotakbaju replied at 13-11-2024 11:03 PM
Cuma tak dapat dikesan dalam radar aje la ye. Hmm okay thanks.

Iols ingtkan mcm kapal terbang citer spiderman tu..take off trus halimunan..
Quote kotakbaju 14-11-2024 08:17 AM
Minyakyuyi replied at 14-11-2024 01:00 AM
Iols ingtkan mcm kapal terbang citer spiderman tu..take off trus halimunan..

Haha kan. Iols ingatkan camtu jugak.
Quote borne 14-11-2024 11:15 AM
Jet bunian kewww?
Quote mrseller 14-11-2024 11:38 AM
Keta terbang mesia lagi halimunan. Sampai skrg tak nampak nampak. Halimunan next level !
Quote syamzana 14-11-2024 12:11 PM
Minyakyuyi replied at 14-11-2024 01:00 AM
Iols ingtkan mcm kapal terbang citer spiderman tu..take off trus halimunan..

iols igt pun camtu jugak...gigih la bc balik artikel
mcm series james bond dulu2, tgh2 terbang on shield terus tak nmpk, bunyi pun takde.
rupanya teknologi tak sampai gitu lagi

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.086541 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top