CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahu Anak, Janna Nick Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki

12-11-2024 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36977| Komen: 14

 


Sebelum ini, pelakon Janna Nick meluahkan rasa kecewa dan terkesan dengan satu komen netizen yang menuduh suaminya, Dini Azad Schatzman terlebih hormon wanita.

Menerusi video dimuat naik di Instagram, Janna tidak dapat mengawal emosi dan mengangis serta meminta orang ramai berhenti bertanyakan mengenai soal anak.

Menurut Janna lagi, dia sudah melakukan bermacam-macam cara untuk mendapatkan zuriat namun belum lagi diberikan rezeki cahaya mata.

Sementara itu, Janna turut berkongsikan dia menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) namun gagal serta mengubah cara hidup dan pemakanan demi mendapatkan cahaya mata.

Malah, Janna berkata dia turut mengikut petua yang diberikan dengan meminta orang mengandung memijak ibu jari kerana mahukan cahaya mata.


“Disebabkan itu saya ubah cara hidup saya, cara kerja saya, cara pemakanan saya. Saya ambil macam-macam ubat, ambil pil hormon sampai badan saya jadi gemuk muka saya naik jerawat. Saya tak pernah ada jerawat sebelum ini.


“Apa sahaja yang saya tak buat? Orang cakap minta ibu mengandung pijak ibu kaki. Saya minta Nabila Razali (penyanyi) pijak ibu kaki saya. Saya terlampau terdesak mahukan anak,” katanya.




SUMBER:  Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikHasanah 12-11-2024 07:05 PM
Nak kasihan tapi JN pun kuat membahan orang.
Quote Perawankota 12-11-2024 07:51 PM
Dia ni muka je bulat, tgk pinggang kecik je.. ke pakai korset?
Quote lightheaded67 12-11-2024 07:52 PM
entah taktau.
Quote PULANGKAN 12-11-2024 08:52 PM
sabar le. cousin Iols berdua laki bini selama 13 tahun. tahan je telinga orang mengata. sampai diorang dah redha, kalau ditakdirkan hidup berdua. sekali tadaa, keluar lah baby lelaki
Quote Akalditipumata 12-11-2024 10:55 PM
Chill je abg aku.. 15 thn xde lg smpai skrg.. kakak aku 5thn baru dpt.. ms Aku kawen.. risau jgk.. kot terkenan pape.. nk kata keturunan elok je memsg..check smua ok. time aku 2bln dh lekat. Rezeki masing2.. sabar. Ade kwn wad aku 3x buat IVF baru lekat.. sabar. Percaya dgn rezeki Tuhan. Klau stress2 lg susah..
Quote HappyGumbira 13-11-2024 01:00 AM
Jangan stress2 JN. Nanti lagi susah nak lekat. Mulut orang tu abaikan. Bukan depa nak tolong bela kalau dapat anak nanti
Quote nuralisa 13-11-2024 08:40 AM
enjoyla life dulu sementara berdua..
rilex2 jela..
Quote chatreyo 13-11-2024 08:47 AM
over nye
Quote Pearla 14-11-2024 11:53 PM
Semoga Allah kurniakan rezeki zuriat untuk Janna dan Dini.
Quote black_handbag 15-11-2024 11:39 AM
over betul yg dia menangis meratib nak anak nak anak tu. ko ni ada akidah ke tidak? dok tnya tuhan bila nak bagi anak, ko nak anak. eh bosan. perlu ke nangis depan kamera? ko amik sejadah solatla sunat ke solat apa2 pastu meratibla dengan tuhan. meluat tengok dia menangis nak anak kat kamera, macam xde malu langsung dan macam takde agama. ko ingat anak tu boleh beli kat sopi ke? nama lagi rezeki. ko dok nampak rezeki anak ygko tak dapat, ada ko hitung rezeki ko yg lain yang allah dah beri? kufur nikmat

nangis beria ria ni. ko nangis dpn kamera pon dpt apa? nampak kesian betul. bukan orang boleh derma ko anak. anak tu rezeki, kalau tuhan tulis takde rezeki maknanya ko kena redha. paham? ni berkait akidah juga jangan la meraung macam kafir sgt
Quote BungaKencana 15-11-2024 02:51 PM
baru je kawen kan.. relax janna.. kwn aku 10thn, tp lps dia amk ank angkt terus senang lekat smpai dia yg risau takut tiap tahun bersalin hehehe...skrg ank kandung ada dua org..
Quote cikdot 15-11-2024 03:41 PM
rajin nau melayan netijen. gitulah jadinya. ko yg stress sampai nangis merentan2 tunjuk kat public. ramai lagi aih org kawin tak beranak. bukan ko sorang je. banyak duit gi la jumpa pakar laju2.
Quote noor2 15-11-2024 03:47 PM
Lagi ko merempan lagi org usik@mengata
Quote Prickford 15-11-2024 03:53 PM
"Saya terlampau terdesak mahukan anak"

Dengan kata2 gini, mana tau Allah uji bagi masa yg lama utk dapatkan anak. Janna kena muhasabah diri.


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048778 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top