Perkongsian pelakon Nadia Brian di Threads dia sudah penat menjadi pilihan kedua dalam perhubungan dan masih mencari cinta menjadi perhatian ramai. Memetik mStar Online, Nadia berkata perkongsian itu hanyalah luahan hati sebagai wanita single dan tiada kaitan dengan mana-mana individu. “Itu luahan hati. Iyelah, sekarang ini asyik berkawan dan tidak tahu bila fasa bercinta akan datang. “Sekarang ini saya masih tidak ada teman lelaki, cuma kawan-kawan sahaja. Saya tidak tahu bila nak jumpa cinta sebenar. Doakan yang baik-baik, saya ‘target’ mahu berkahwin sebelum saya usia 35 tahun,” katanya. Sementara itu, Nadia menjelaskan keadaan matanya yang lebam sebelum ini kerana jatuh dan tiada kena mengena terlibat dengan perbalahan. “Tidak ada kena mengena kena tumbuk dengan lelaki ke apa ke. Saya masih single. Saya jatuh disebabkan terlalu penat bekerja,” katanya.
SUMBER: mStar Online, Rotikaya |
ADVERTISEMENT