CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Merajuk? Itu kebudak-budakan, biarlah hos sebenar GV selesa’ - Elly Mazlein

12-11-2024 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17888| Komen: 57


 


Selebriti versatil Elly Mazlein menafikan dakwaan segelintir pihak mengatakan dirinya masih merajuk sehingga menolak tawaran mengacarakan program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan mula bersiaran pada 24 November ini.

Menurut Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, keputusan untuk tidak lagi mengacarakan program tersebut adalah ingin memberi ruang kepada dua hos tetap iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse terus mengendalikan GV11.

“Benar, memang ada pujukan pihak produksi, saya tolak kerana mahu beri peluang kepada dua tunjang asal GV yang tiada tandingan.

“Biarlah mereka menjadi DNA kekal di GV dan saya pula selesa mengendalikan program-program lain.

“Walaupun pernah mengendalikan dua GV sebelum ini, tidak mengapalah. Saya lebih memilih untuk menjaga kesihatan mental,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis pelancaran Program Explorasi Usahawan Wanita di sini, semalam.


Ditanya sama ada dirinya masih terasa hati susulan insiden yang berlaku pada GV musim lalu sehingga dia menarik diri, Elly memberitahu dia akan terus memberi sokongan selain yakin program tersebut lebih sukses jika dikendalikan Jihan dan Nabil.

“Merajuk? Itu kebudak-budakan, saya lebih kepada matang dan biarlah pasangan hos sebenar GV bekerja dengan lebih selesa.

“Mereka pasangan tiada tandingan dan biarlah kekal begitu. Saya mendoakan semoga GV akan terus meletup dan peminat jangan sedih kalau saya tidak mengendalikannya lagi.

“Sama-sama kita beri sokongan pada GV, Nabil dan Jihan,” ujarnya.

Bukan sahaja terharu malah dia berasa sedih melihat komen netizen yang berterusan mahu melihat dirinya berada di pentas GV.

Katanya, meski tidak bertemu di pentas GV, dia akan mengubat kerinduan ramai menerusi kemunculan di program-program lain,

“Saya terharu dan sedih juga. Bukan tak mahu buat tetapi mahu menjaga kesihatan mental dan mungkin bukan rezeki saya.

“Saya lebih memilih apa yang saya rasa enjoy untuk buat. Ada yang suka dan tidak, semua itu biasa dalam kehidupan,” katanya lagi.

Tahun lalu, Elly mengejutkan ramai apabila menarik diri sebagai hos program All Stars Gegar Vaganza.

Sehingga hari ini, Elly tidak pernah berkongsi secara lanjut mengenai punca penarikan diri tersebut dan hanya memaklumkan keputusan itu diambil kerana mahu memberi keselesaan kepada orang lain merujuk kepada Nabil dan Jihan. 

SUMBER: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-11-2024 08:20 PM
Bagus kepam...
Quote edoraixora 12-11-2024 08:25 PM
Bukan nak menangkan si jihan tu sangat, tapi cuba kalau kau yg berada kt tmpat jihan tu, hos lain macam nak caras job, mesti kau sakit hati jugak kan.
So sudah2 lah bagi statement pasal ni, nampak sangat bitter tak habis lagi
Quote addamnor 12-11-2024 08:52 PM
Semak ramai hos.. keep it 2 je.. nabil-jihan was fine all this while dari segi hiburan, masuk kak lina as co host, tetiba program itu jadi tidak harmony dari segi cerita / isu.
Quote ekselen 12-11-2024 09:02 PM
aritu dia mengacara kilauan emas pun iols rasa gedik betul dok 3,4.. 3,4... kerap plk tu.. mcm sikit2 je dah le... dok meleret2 x tentu arah... tu yg jadik overrun tu.. dia la puncanya.. ni kalo hos gv ntah sama je kot.. biar je lah jihan ngan nabil je.. deols berdua byk yberusaha utk naikkan gv dr musim pertama... kepom boleh try lobi big stage ke...atau program2 baru lain..
Quote redz85 12-11-2024 09:23 PM
tapi masa jihan takde.,. dia dengan nabil best aje
Quote stania83 12-11-2024 09:33 PM
nabil dan jihan ok dah cukup profesional
kepom ni sejenis all about me, dia ingat spotlight semua kat dia, dia la center of the universe.
Quote woven11 12-11-2024 09:36 PM
edoraixora replied at 12-11-2024 08:25 PM
Bukan nak menangkan si jihan tu sangat, tapi cuba kalau kau yg berada kt tmpat jihan tu, hos lain ma ...

Bila bagi statement macam ni nak nampak terpaling professional.. memang sedia asal nabil dgn jihan yang naik kan gv ni.. tak perlu rase nya nak bagi statement lebih2
Quote Mamaperdana 12-11-2024 10:21 PM
Eleh.. Iye la tuuu... dia tarik diri sbb komen netizen sbnrnya
Quote Mamaperdana 12-11-2024 10:22 PM
Dia pun tahu peminat gv xnak dia jadi host
Quote TomyamPuteh 12-11-2024 10:23 PM
Goyang jugak ke dek?
Quote Loyarcabuk 12-11-2024 10:23 PM
Alhamdulillah kurang 1 badut atas pentas...
Quote Loyarcabuk 12-11-2024 10:26 PM
stania83 replied at 12-11-2024 09:33 PM
nabil dan jihan ok dah cukup profesional
kepom ni sejenis all about me, dia ingat spotlight semua ka ...

Mmg pun...tapi dlm gv mmg dia over.....
Quote Orangelily 12-11-2024 10:31 PM
Loyarcabuk replied at 12-11-2024 02:23 PM
Alhamdulillah kurang 1 badut atas pentas...

ituler yg ai nak kabo ????. pelik aku ramai yg suka cara gedik2 tu, i kenot brain .. malukan diri senirik
Quote starcity 12-11-2024 10:45 PM
Dia ni elok fokus jd penyanyi & pelakon. Tak sangka dia alih2 beralih jd pengacara
Quote cik_Sally 12-11-2024 11:13 PM
Bagus kepom...

Kalau chuolls ada, jadi bingit sangat pentas gv tu
Quote sleepandream 13-11-2024 12:54 AM
ala peserta GV taun ni pun bese2 jah... takde otai2 mcm musim lepas ada kak ecah, zamani, amalina etc... so no FOMO gitewwww
Quote AWEKSAMURAI 13-11-2024 12:56 AM
Merajuk? Budak-budak? Yg dlu tarik diri dari GV tu kenapa masa ko jd peserta sbb x boleh terima tok ram adili ko?  Tu panggil apa meroyan ke? Dh laaa x yah pretend suci kata job meriah sana sini so x yah lah nk perli2
Quote AWEKSAMURAI 13-11-2024 12:58 AM
Edited by AWEKSAMURAI at 13-11-2024 12:59 AM
redz85 replied at 12-11-2024 09:23 PM
tapi masa jihan takde.,. dia dengan nabil best aje


Ko rasa best aku rasa x best sbb aku rasa gedikan dia melugai weh..xtau lah mybe ada org jenis gedik suka lah gedik manja buat2 dia tu.. mcm aku jenis x gedik aku x suka tgok betina gedik nk mampos mcm ulat bulu
Quote AWEKSAMURAI 13-11-2024 01:01 AM
starcity replied at 12-11-2024 10:45 PM
Dia ni elok fokus jd penyanyi & pelakon. Tak sangka dia alih2 beralih jd pengacara

Ingat dia memula jd pengacara dgn shuk sampai berpapa mama gedik gila .asa tu dia janda lagi sampai shuk x tahan shuk sound suh behave. Shuk yg shrek tu pun x boleh terima n x suka. Org dh berbini ko buat laki org mcm laki ko plak.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.118149 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top