CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa wanita dalam iddah sama seperti keluar dengan ‘bini orang’ - Peguam Syarie

11-11-2024 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19074| Komen: 4

 


PETALING JAYA – Tindakan membawa wanita yang sedang menjalani tempoh iddah bercuti dianggap bertentangan dengan hukum syarak dan boleh disamakan dengan keluar bersama isteri orang.

Peguam Syarie, Fahmi Ramli, dalam satu perkongsian di Telegram, menjelaskan bahawa wanita yang diceraikan melalui talak rajie iaitu talak 1 atau 2 perlu menjalani tempoh iddah selama tiga kali suci, tiga bulan, atau sehingga melahirkan anak jika mengandung.

“Namun, kini ramai yang seolah-olah tidak mengambil berat tentang hukum iddah. Padahal, apabila masih dalam tempoh iddah rajie, seorang isteri perlu mematuhi batasan-batasan tertentu,” ujarnya.

Fahmi turut mengingatkan bahawa wanita dalam tempoh iddah dilarang menerima pinangan atau berkahwin dengan lelaki lain.

“Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilakukan semasa tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan,” tegasnya.


Beliau juga menekankan agar wanita tidak terburu-buru melakukan aktiviti seperti bercuti atau memulakan hubungan baru.

“Sabar seketika, habiskan dahulu iddah, barulah selepas itu perkahwinan baru boleh dilakukan tanpa sebarang keraguan,” tambahnya.

Selain itu, Fahmi juga mengingatkan wanita dalam iddah untuk tidak berkabung, sebaliknya perlu menjaga penampilan dan berhias sebagai usaha memberi peluang kepada suami untuk mempertimbangkan rujuk semula.

Dalam pada itu, wanita dalam iddah dibolehkan keluar rumah hanya jika ada bahaya atau ancaman yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.  

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 11-11-2024 11:49 AM
Sama jela dgn bini org dlm iddah terkinja2 melawak nk duda org lain smbil mencari lelaki baru utk jadi suami mendonia heshe..puik..laki bini sama2 mental & fake
Quote nisako 12-11-2024 08:01 AM
zmn sekarang
Quote kakikuDibibirmu 12-11-2024 03:53 PM
Missfakezura tersenyum sinis
Quote BawangCaramel 12-11-2024 06:14 PM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.040228 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top