CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih, salji turun buat kali pertama

7-11-2024 09:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36862| Komen: 16

 


RIYADH  – Sebuah padang pasir bertukar putih di tengah-tengah laporan bahawa salji turun di sana buat kali pertama dalam kejadian di sebuah wilayah Arab Saudi, lapor portal berita Daily Express semalam.

Pelbagai sumber melaporkan bahawa salji turun di wilayah Al-Jawf.

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, agensi berita Arab Saudi melaporkan, fenomena itu berpunca daripada hujan batu. 

“Wilayah Al-Jouf diselubungi hamparan putih akibat hujan batu dan hujan lebat di bahagian utara Kota Sakaka serta Dumat al-Jandal.  

“Hujan lebat  disertai hujan batu melanda banyak kawasan di Al-Jouf sejak Rabu  (minggu lalu),  menenggelamkan tanah dengan air dan menyebabkan sungai mengalir, menandakan ketibaan musim bunga.

“Wilayah Al-Jouf terkenal dengan bunga liar bermusim pada musim bunga,” lapor agensi berita Saudi Press.  – AGENSI




Sumber : - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 7-11-2024 09:40 PM
adakah HAARP sudah digunakan
Quote akido_kido 7-11-2024 10:40 PM
Aku dah buka topik ni sebelum ni mod campak ke bod luar negara.motif??
Quote Tinot7 7-11-2024 10:41 PM
Lepaih ni padang pasir mekar dgn tumbuhan ijo ka?
Quote Decaffeinated 7-11-2024 10:58 PM
"dan menyebabkan sungai mengalir, menandakan ketibaan musim bunga"

adakah 'musim bunga' yang dimaksudkan ini 'spring' bilamana salji mencair dan sungai pun mengalir? Sekarang baru autumn ya, winter pun belum.

Quote ninja boy 7-11-2024 11:17 PM
Apebendanya skrg spring, then winter pulak, kemudian bunga, tapi versi negara arab suhu winter macam aircon 16-26
Quote kepompong 8-11-2024 02:43 AM
akido_kido replied at 7-11-2024 10:40 PM
Aku dah buka topik ni sebelum ni mod campak ke bod luar negara.motif??

lerr yeke
Quote dua_chzy 8-11-2024 03:46 AM
Edited by dua_chzy at 7-11-2024 07:49 PM

Kelig : Namakan gurun yang terdapat di Semenanjung Arab.

Student form 3 bertuah : Padang Mahsyar.
*************

True story folks. True story.

Quote jejaka_hensem 8-11-2024 04:23 AM
Sis rainbow : ini semua efek vaksin covid 19
Quote Paiya 8-11-2024 11:20 AM
dua_chzy replied at 8-11-2024 03:46 AM
Kelig : Namakan gurun yang terdapat di Semenanjung Arab.

Student form 3 bertuah : Padang Mahsyar.

bagus student bertuah tu
sentiasa ingat hal2 akhirat


Quote dua_chzy 8-11-2024 11:38 AM
Paiya replied at 8-11-2024 03:20 AM
bagus student bertuah tu
sentiasa ingat hal2 akhirat

Tapi masa dia pi curik motor orang, tak ingat pula padang Mahsyar. Terus masuk lokap beberapa hari.
Quote Skuau 8-11-2024 12:18 PM
dua_chzy replied at 8-11-2024 03:46 AM
Kelig : Namakan gurun yang terdapat di Semenanjung Arab.

Student form 3 bertuah : Padang Mahsyar.

dia menyindir tu cikgu...saiya ulang..MENYINDIR..
Quote Paiya 8-11-2024 12:21 PM
dua_chzy replied at 8-11-2024 11:38 AM
Tapi masa dia pi curik motor orang, tak ingat pula padang Mahsyar. Terus masuk lokap beberapa hari ...

oo
dia sekadar ingat
tapi tak menghayati


Quote tripleid 8-11-2024 12:27 PM
Smenanjung arab sejak zaman nabi lagi dah ada salji lah klau musim sejuk ..sbb tu ada hadis psl merangkak atas salji tu
Quote eragon 8-11-2024 03:49 PM
arab saudi sebelah northern memang ada 4 musim. memang ada winter semua. cuma winter dia x bersalji je. beberapa puluh tahun cycle terlwbih sejuk sikit ada la salji. this is common.
Quote green~tea 8-11-2024 03:58 PM
Aku penah le pegi umrah bulan february... suhu 5 degree belah siang ye dekat madinah.. adui sampai ke tulang sejuk nya
Quote Kak-Rohana 12-11-2024 03:57 AM
piyek92 replied at 7-11-2024 09:40 PM
adakah HAARP sudah digunakan

sikit sikit harp.....x de benda lain ke tetap nak ke arah conspiracy.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060785 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top