SIAPA kata anak dara Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana cuma nak pakai barang mewah dan berjenama. Buktinya, suami kepada pelakon jelita itu, Zain Saidin turut membawa anak mereka mengunjungi bazar Uptown yang menjual pelbagai barangan mesra rakyat. Walaupun baru pertama kali berkunjung ke lokasi berkenaan, kanak-kanak berusia 10 tahun itu nampak teruja apabila bapanya memberikan syarat dia boleh beli 10 barang. Jadi tak betullah kalau ada dalam kalangan netizen menuduh pasangan terbabit dedahkan anak-anak mereka dengan cara hidup mewah tahap kayangan. Zain sebagai suami dan bapa yang juga pelakon nampak seronok menghabiskan masa dengan anak kesayangannya. Sumber : - KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT