CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MINDEF batalkan kontrak sewaan 4 helikopter Black Hawk - "Sudah habis Oktober, tiada apa-apa (Black Hawk), maka tiadalah"

7-11-2024 12:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29643| Komen: 11

 


SHAH ALAM: Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat yang sebelum ini memenangi tender sewaan berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tindakan itu selepas syarikat terbabit gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan walaupun sudah dilanjutkan hingga akhir Oktober lalu.

"Sudah habis Oktober, tiada apa-apa (Black Hawk), maka tiadalah.

"Notis pembatalan sudah pun dihantar," katanya pada sidang media Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Beliau ditanya perkembangan terkini kontrak sewaan empat helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk kepada Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia.

 


MINDEF sebelum ini dilaporkan akan menilai secara menyeluruh terhadap perjanjian pajakan empat helikopter Black Hawk sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan kontrak atau memberikan masa tambahan kepada pembekal.

Pada Mei tahun lalu, MINDEF memeterai kontrak sewaan empat helikopter berkenaan dengan syarikat tempatan Aerotree Defence and Services selama lima tahun bernilai RM187 juta.

Di bawah perjanjian bernilai RM187 juta itu, helikopter pertama sepatutnya dihantar pada November tahun lalu, tetapi tarikh akhir itu ditunda ke April tahun ini.

Sumber : - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 7-11-2024 06:22 AM
Helikopter takde ke tu
Quote rbmy 7-11-2024 07:23 AM
ye takde. duit lesap kee...

Dato' Halim bin Othman is the founder and Group President / CEO of Aerotree Group of Companies since its incorporation in October 1998. He has successfully built both his reputation and quality of work standards to well above average with full dedication and proactive approaches.

Quote malarky 7-11-2024 11:14 AM
term of kontrak ni camne? sewa beli ke sewa guna? nilai sewaan kalau kira straight forwar dalam RM779,166 sebulan
Quote malarky 7-11-2024 11:14 AM

aku speculate halangan dari uncle sam.
Quote otai_g 7-11-2024 11:17 AM
Brg sewa blh bw pg perang x?
Quote sranua 7-11-2024 11:58 AM
malarky replied at 7-11-2024 11:14 AM
aku speculate halangan dari uncle sam.

Kalah bersaing dgn negara Jiran. Filippina tu dapat 32 unit Blackhawk. Kita nak sewa 4 bijik pun tak lepas. Kat mana la silapnya. Lobi tak kuat ke.PMX tak ke US ke jumpa Trump.

Quote edoraixora 7-11-2024 04:00 PM
tentera laut LCS
tentera darat Black Hawk
lepas ni apa pulak
Quote Skuau 7-11-2024 04:19 PM
sranua replied at 7-11-2024 11:58 AM
Kalah bersaing dgn negara Jiran. Filippina tu dapat 32 unit Blackhawk. Kita nak sewa 4 bijik pun t ...

KETIMBANGnya kita sewa drp negara tertangga indonesia...mohon KETIMBANG sama bapak nusaraya..
Quote kepompong 7-11-2024 04:41 PM
kenapa kalidnodin kelihatan begitu atok2
Quote supernaturalee 7-11-2024 05:48 PM
black hawk down


Quote Radzor 7-11-2024 06:01 PM
otai_g replied at 7-11-2024 11:17 AM
Brg sewa blh bw pg perang x?

tgk syarat dlm agreement kot. boleh bawak off road ke, redah banjir ke..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.046287 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top