CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sudah tawar hati, pelakon Idzham dan isteri bercerai

4-11-2024 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21727| Komen: 181

 


Pelakon Idzham Ismail, mengesahkannya dan isteri, Nur Abilah Shamsudin bercerai selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Syariah Klang, Selangor, pagi tadi.

Idzham berkata, dia sudah tekad dan tidak mahu kembali rujuk memandangkan kedua-duanya sudah tawar hati.

"Ya, sudah selesai semuanya, pagi tadi. Saya tak mahu rujuk.

"Saya sudah tawar hati dan dia pun mungkin tawar hati juga, jadi nak rujuk pun buat apa.

"Apa yang berlaku saya tak boleh kongsi sebab aib saya sebagai suami sebab saya tak mampu didiknya dengan baik.

"Benda kecil sahaja sebenarnya yang mana dia terkhayal dengan duniawi. Jadi, saya tak nak salahkan dia sebab saya juga salah tak boleh didik dengan baik," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Idzham berkongsi berita itu menerusi satu perkongsian di Instagram Story miliknya, pagi tadi.

"Mahkamah putuskan kami sah bercerai. Tidak akan dirujuk. Pesan saya, Allah ada. Jawab dengan Allah untuk segala yang dibuat," katanya.

Bagaimanapun, Idzham mengakui, dia ada cuba memujuk isterinya, tapi tidak berhasil.

"Saya ada cuba pujuk dalam tempoh tiga empat bulan ini. Saya pujuk sejak Julai untuk kembali berkeluarga. Ketika Aidilfitri tempoh hari, kami okay sahaja, ada muatkan gambar bersama," katanya.

Bertanya sama ada keruntuhan rumah tangganya berpunca kehadiran orang ketiga, Idzham menafikan.

"Tiada, dalam pengetahuan saya tiada. Kalau ada pun hanya Allah yang tahu," katanya.

Terdahulu, pelakon Tarik Aku ke Syurga itu mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan yang membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 10 Oktober lalu.

Idzham berkata, cukuplah dikatakan sudah tiada lagi persefahaman dalam beberapa hal yang membuatkan tiada lagi penyelesaian lebih baik, selain ke mahkamah.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.


SUMBER: Berita Harian
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Alvida 4-11-2024 03:07 PM
Akibat cuba campurtangan rumahtangga fattzura terkena tulah tk lama lg  lana nordin lak
Quote noor2 4-11-2024 03:08 PM
Alvida replied at 4-11-2024 03:07 PM
Akibat cuba campurtangan rumahtangga fattzura terkena tulah tk lama lg  lana nordin lak

Kannn..ramai betul bini mintak cerai.
.haha
Quote BoongaKertas 4-11-2024 03:17 PM
Alvida replied at 4-11-2024 07:07 AM
Akibat cuba campurtangan rumahtangga fattzura terkena tulah tk lama lg  lana nordin lak

heols ada kuar statement apa2 ke chuols psl fattzura?
Quote Duta lover 4-11-2024 03:21 PM
Jijik. Acah2 da bg hint isteri yg salah.
Quote BoongaKertas 4-11-2024 03:28 PM
iols google psl dia kata wife dia lama x masak jer. apa statement lain selain itu?
Quote blue^panther 4-11-2024 03:36 PM
wife dia ni keje stewardess kan???
ke meols salah orang??
Quote exclusive_vvip 4-11-2024 03:39 PM
dari bulan lepas ke bulan 9 tah, dah lalu kat Tiktok psl dia bercerai.. ni dah finalised lah kot
Quote selipar_hijau 4-11-2024 03:39 PM
wife dia masih dgn Mas ke?
semoga isterinya mendapat kehidupan yg lebih baik
Quote kuzaime 4-11-2024 03:41 PM
Takziah..1 aje x paham, x nk bgtau sebab bercerai aku pahamlah jugak sbb tu aib & privacy masing2. Motip nak bg hint??
Quote exclusive_vvip 4-11-2024 03:42 PM
blue^panther replied at 4-11-2024 03:36 PM
wife dia ni keje stewardess kan???
ke meols salah orang??

Haah yer..kat mata iols nampak stewardess rupa marhaen sgt ex wife dia ni..jadi stewardess pun sbb lepas interview qatar ke oman air tah (yg katanya senang diterima)..tu pun sbb sebut psl kurma ke apa..lepas dah jd stewardess ngan arab nyer airline baru dpt keje ngan MAS..x silap iols pompuan ni la..tgk channel si Zarul tu
Quote lilacomot 4-11-2024 03:46 PM
terkhayal dgn duniawi tu maksud nye ape uols...bini masih nk enjoy2 ke
Quote hokeypokey 4-11-2024 03:55 PM
ish ingatkan kekrul tadi, telinga & bentuk muka sama
Quote Akalditipumata 4-11-2024 04:02 PM
Halahhh2 aku slama ni rasa ok je ngn mamat ni.. tp ni bg statement nk suh org mgata exbinik letak salah kt ex binik.. Pasto acah2 salah saya xdidik dgn betul.. wattt!???  Knp aku rasa dia biawak jgk...main income dlm fmly mcm binik dia je.. sbb job dia pn xdela back to back..
Quote NazRysha 4-11-2024 04:05 PM
laaa baru nak puji mereka berdua sebelum ni huhu
Quote black_handbag 4-11-2024 04:06 PM
macam takde anak ye.. senangnya zaman skrg ni ye tak suka cerai

baidewei whoryus sgt jantan ni iols tak kenal
Quote 3480 4-11-2024 04:14 PM
Dia nak ckp dia bagus ke
Pastu bini yg salah sbb x dengaq ckp dia ke
Tp dia kata xmau cerita takut aib.
Tu dah cerita tu
Quote apedehal 4-11-2024 04:21 PM
Belit la ..asal mamat ni cam nk tnjuk bagus plak..papepun takziah
Quote starcity 4-11-2024 04:32 PM
Tk nak bukak aib tp hint2 yg bini tu salah. Bagus gak dia ckp direct yg both tak nk rujuk. Abis cerita
Quote Thunderclouds 4-11-2024 04:34 PM
Jantan:
Tamau cita. Aib. Aib.
Sy salah.
Bini tu terkhayal.
Eh.. Sy salah

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.067676 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top