WASHINGTON – Seorang aktivis pembongkaran objek terbang tidak dikenali (UFO) percaya bahawa Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris akan mendedahkan fail-fail sulit tentang fenomena itu sekiranya beliau menang pilihan raya Presiden, lapor laman berita The Sun UK semalam. Steve Bassett berkata, keadaan itu berkemungkinan berlaku kerana Parti Demokrat yang diwakili Harris telah berusaha lebih keras untuk memastikan rang undang-undang (RUU) itu dibawa ke Kongres AS. Pemimpin Majoriti Parti Demokrat dan Dewan Senat AS, Chuck Schumer telah menyokong RUU yang menyatakan bahawa kerajaan harus bersedia untuk menjadi telus mengenai isu UFO. Namun, jika Kongres AS meluluskan RUU tersebut, Ketua Komander AS iaitu Presiden masih mempunyai pilihan untuk memvetonya. Bassett memberitahu, dia berpendapat bahawa Harris lebih cenderung untuk mendedahkan fail rahsia itu kepada umum berbanding saingannya, Donald Trump yang turut bertanding dalam pilihan raya tersebut pada lusa.
Beliau bagaimanapun berpendapat mana-mana calon akhirnya akan menyahklafikasikan fail sulit jika dipilih sebagai presiden. “Isunya bukan tentang siapa yang akan memveto RUU itu. Ia bukan isunya. “Isu utamanya adalah Presiden mana yang lebih cenderung untuk mengesahkan kehadiran makhluk asing,” katanya. – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT