CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut cas telefon dalam bas: Gurauan Mawie jadi kenyataan – Nenek

4-11-2024 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19691| Komen: 15

 


SEBERANG PERAI – “Arwah sempat bergurau mahu berjalan jauh, namun saya tidak sangka gurauannya itu benar-benar berlaku,” kata Salmiah Humzah, 82.

Salmiah merupakan nenek kepada Allahyarham Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, atau lebih mesra disapa sebagai Mawie yang maut akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit dalam sebuah bas ekspres di terminal Penang Sentral, kelmarin.

“Kali terakhir kami bertemu sebelum arwah keluar dari rumah. Walau bagaimanapun, kira-kira pukul 9 malam, kami menerima panggilan daripada sepupunya yang memaklumkan dia telah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Mesra, Bagan Lalang di sini, hari ini.

Tambahnya, cucunya yang juga anak sulung daripada empat beradik itu baharu tiga bulan bekerja di sebuah restoran makanan segera berhampiran kediaman mereka malah dikenali sebagai individu yang mudah mesra dan disenangi jiran tetangga.


“Biarpun amat sedih, tapi kami reda. Kami berharap syarikat bas ekspres terbabit lebih berhati-hati dalam aspek penyelenggaraan supaya tragedi seumpama ini tidak berulang.

“Kami tidak mahu memperbesarkan isu ini tapi ia boleh dijadikan iktibar oleh semua pihak,” katanya jenazah Mohamad Nur Asymawi sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puyu Butterworth lepas Asar, semalam.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan telah mewujudkan pasukan petugas khas (special task force) selain menggantung operasi bas terbabit serta-merta untuk siasatan lanjut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan pasukan petugas khas itu terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

Dalam kejadian Jumaat lepas, mangsa maut dengan kesan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BawangCaramel 4-11-2024 10:25 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote imransulaiman 4-11-2024 11:13 AM
Inna lillahi wa ina ilaihi roojiun.. Al-Fatihah kepada arwah..
Quote B40tastePosh 4-11-2024 11:16 AM
Kebocoran elektrik dari bateri bas
Quote manehnya 4-11-2024 11:33 AM
muda lg la haii... sian nenek
Quote figurae 4-11-2024 11:34 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote kakikuDibibirmu 4-11-2024 11:38 AM
Ina munger tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 4-11-2024 11:39 AM
@dino Apple tersenyum sinis



[youtube]XwLLH9EZiqc[/youtube]
Quote insulin 4-11-2024 11:39 AM
Macam mana boleh kena renjatan dalam bas? Pelik ni
Quote seri_mawr 4-11-2024 01:10 PM
Inna lillahi wa ina ilaihi roojiun.. Al-Fatihah kepada arwah..
Quote ladybugz 4-11-2024 01:23 PM
sila saman company bas ni. ni nyawa manusia yg kita tgh bercakap ni. kalau x diorg x ambil berat. saman kaw2 n get a hefty sum of compensation.
Quote Skuau 4-11-2024 04:42 PM
Edited by Skuau at 5-11-2024 11:56 AM

sedangkan bencana alam pon 'DEPA' saman.
adakah 'KITA'  hanya sekadar redha,pasrah pada takdir???(semata).
Quote dealova04 4-11-2024 04:46 PM
kena bantu nenek ni utk saman, mohon la lawyer2 bantu kes ni. jgn redha je
Quote supernaturalee 4-11-2024 04:47 PM
nama mawi, umur 18, lahir 2006
confirm mak ayah bg sempena nama mawi yg tgh worldddd lps mng AF3

Quote zorrro_03 5-11-2024 08:40 AM
babi lah perangai sekor2.  tak hormat perasaan ahli waris yahudi2 ni semua.  korang tak fikir perasaan waris ye?
Quote slyfynx 5-11-2024 10:26 AM
Aku still rase power untuk charging port tu full 100v/240v mcm deme pasang TV depan bas. Sbb kalau 5v2A atau 9v2A, jarang la boleh bawa maut.
BTW, seriously, x perlua la tanya apa mende pelik yang arwah buat/cakap sblm kejadian.
Wartawan Malaysia ni mmg kuno dan bodoh la. Igt semua berita tabloid ke?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057368 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top