Penyanyi terkenal, Dato Sri Siti Nurhaliza terhibur mendengar pertanyaan netizen ketika melakukan penstriman langsung menjual produk aras talian Simplysiti di TikTok. Pun begitu, pengusaha kosmetik itu tidak terasa dan kekok ketika diajukan soalan mengenai penuaannya kerana beliau menganggapnya sebagai sebuah anugerah yang tidak boleh dinafikan oleh Allah s.w.t. Menerusi satu video skrin layang yang dipaparkan oleh akaun Tiktok peminat penyanyi tersebut, iaitu @sitinurhalizafantastic, Dato Siti diajukan soalan oleh seorang warganet yang bertanyakan sama ada pemilik kosmetik tersebut memiliki uban rambut atau tidak. Lebih selesa dipanggil Tokti, selebriti kelahiran Pahang itu menjawab soalan berkenaan dengan nada bergurau ‘kenapa tanya soalan tu?’ dalam nada ketawa manja.
Tokti juga menjelaskan bahawa dia tiada masalah jika rambutnya ditumbuhi uban. “Kenape tanya soalan itu? “Alaaa, saya rase kita ni tak akan la nak menolak kejadian Allah. “Akan ada la, dah ada uban, umur pun dah 45,” jawabnya tenang dalam nada bergurau. Menurut pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin berkata, ubannya itu akan menjadi cahaya di akhirat kelak, selain akui tidak mempunyai sebarang masalah melalui liku-liku penuaan. “Tak ada masalah pun. “Uban kita ni akan menjadi cahaya kita di sana nanti,” jelasnya. Meninjau di ruangan komen video Tiktok tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan jawapan mesra Tokti itu. Mereka juga berpendapat, kejadian uban itu normal semua manusia akan melaluinya. Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza akan bergabung pentas bersama penyanyi terkenal Indonesia, Judika iaitu konsert The Journey of Sound di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024.
|
brainbiru replied at 25-10-2024 12:11 AM
Dia pun ambik beryfull jugak...
putu replied at 25-10-2024 09:08 PM
buah melaka buat kuih tu ka?
Kurex replied at 26-10-2024 04:44 AM
buah melaka yg ni kaka. kalau kuih buah melaka, berlipas la rambut kaka nanti
ADVERTISEMENT