CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40253|Reply: 18

“Akan ada la, dah ada uban, umur pun dah 45,” - Siti Nurhaliza terhibur, netizen tanya dah ada uban ke?

[Copy link]
Post time 24-10-2024 11:07 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi terkenal, Dato Sri Siti Nurhaliza terhibur mendengar pertanyaan netizen ketika melakukan penstriman langsung menjual produk aras talian Simplysiti di TikTok.


Pun begitu, pengusaha kosmetik itu tidak terasa dan kekok ketika diajukan soalan mengenai penuaannya kerana beliau menganggapnya sebagai sebuah anugerah yang tidak boleh dinafikan oleh Allah s.w.t.





Menerusi satu video skrin layang yang dipaparkan oleh akaun Tiktok peminat penyanyi tersebut, iaitu @sitinurhalizafantastic, Dato Siti diajukan soalan oleh seorang warganet yang bertanyakan sama ada pemilik kosmetik tersebut memiliki uban rambut atau tidak.


Lebih selesa dipanggil Tokti, selebriti kelahiran Pahang itu menjawab soalan berkenaan dengan nada bergurau ‘kenapa tanya soalan tu?’ dalam nada ketawa manja.


Tokti juga menjelaskan bahawa dia tiada masalah jika rambutnya ditumbuhi uban.


“Kenape tanya soalan itu?


“Alaaa, saya rase kita ni tak akan la nak menolak kejadian Allah.


“Akan ada la, dah ada uban, umur pun dah 45,” jawabnya tenang dalam nada bergurau.


Menurut pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin berkata, ubannya itu akan menjadi cahaya di akhirat kelak, selain akui tidak mempunyai sebarang masalah melalui liku-liku penuaan.


“Tak ada masalah pun.
“Uban kita ni akan menjadi cahaya kita di sana nanti,” jelasnya.


Meninjau di ruangan komen video Tiktok tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan jawapan mesra Tokti itu.


Mereka juga berpendapat, kejadian uban itu normal semua manusia akan melaluinya.










Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza akan bergabung pentas bersama penyanyi terkenal Indonesia, Judika iaitu konsert The Journey of Sound di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024.


  



Nama ‘The Journey of Sound’ dipilih untuk menggambarkan perjalanan karier kedua-dua artis yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri hiburan dimana Siti Nurhaliza dengan 28 tahun pengalaman, manakala Judika memiliki 20 tahun kecemerlangan dalam dunia seni.


Sumber: TikTok @sitinurhalizafantastic, Oh My Media
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pun ambik beryfull jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 01:12 AM | Show all posts
brainbiru replied at 25-10-2024 12:11 AM
Dia pun ambik beryfull jugak...

chop berryful tu sejenis apa dan untuk apa? eh iols nak cubalah yang komen sapu vaseline bawah mata tu btw, sentap dato' k tau
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 01:40 AM | Show all posts
haiyooo... biduanita negara anita sarawak dah bgtau rahsia kulit tegang sheols dolu lagi tau... ambik wuduk!!

btw iols baca dekat X katanya konsert JOS ni akan ada fireworks mcm konsert sheols dekat stadium nasional dolu... iols terpikir kalau hujan je ni...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 08:39 AM | Show all posts
dia dah 45, normallah ada uban.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 11:56 AM | Show all posts
castor oil... vaseline....sapu bawah mata....hilangakn kedut....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
My boss pompuan umur 47 xde seurat pun uban. Nmpk ms kat surau. Tnya dia apa tips. Dia ckp xde tips cuma bc doa nabi kepada abu qotadah. Abu qotadah diriwayatkan awet muda
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 12:30 PM | Show all posts
iols 30 an pon penuh uban..lantak kan aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 02:08 PM | Show all posts
kalau tgk video karaoke lagu tokti dgn hafiz suip lagu muara hati tu, lawa sgt baju tokti pakai masa tu....looks so elegant...why now tak elegant cam tu tokti...aiyoo....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cabut ler uban tu takde ler
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:33 PM | Show all posts
Hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
baik la kau tanya pompuan ni bila lagi nak dapat anugerah Biduanita Negara saing2 Saloma & Sharifah Aini.. dari tanya uban, baik tanya anugerah tertinggi yg entah dapat atau tak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kurex at 25-10-2024 02:58 PM

btw yg tanya pun zoners lewat 30an / awal 40an. tak payah gusar lizah ada uban ke idok. baik zoners tua risaukan rambut sendiri yg kian rontok tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
guna minyak kelapa + buah melaka (amla). buat sendiri je uols. mudah. yg uban tu dia pelan2 tukar hitam balik. rambut pun lebat je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha soalan pun la. Sedangkan yg umur 30 pun berlambak yg ada uban, apatah lagi tokti
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ctjonah mmg suke bagi soalan2 bodoh ekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex: guna minyak kelapa + buah mela ...
buah melaka buat kuih tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
putu replied at 25-10-2024 09:08 PM
buah melaka buat kuih tu ka?

buah melaka yg ni kaka. kalau kuih buah melaka, berlipas la rambut kaka nanti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 26-10-2024 04:44 AM
buah melaka yg ni kaka. kalau kuih buah melaka, berlipas la rambut kaka nanti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 1.551069 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list