CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Macam mana nak mesej Fattah, nombor telefon pun tiada’ - pengurus Wanna Ali

25-10-2024 12:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 42274| Komen: 36

 
  


“Macam mana Wanna hendak mesej Fattah kalau nombor telefon Fattah pun tiada.”

Demikian reaksi pengurus Wanna Ali yang dikenali sebagai Yaya berhubung dakwaan pelakon dan penyanyi itu saling berbalas mesej mesra dengan aktor Fattah Amin.

Jelas Yaya, pihaknya tidak tahu-menahu mengenai dakwaan kononnya tular tangkap layar perbualan Fattah dan Wanna menerusi aplikasi WhatsApp.

Malah dia juga enggan mengulas lanjut dakwaan itu selain percaya khabar angin melibatkan Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, 26, dengan Fattah hanya bersifat sementara.

“Bagaimana cerita ini boleh ada sedangkan kami sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya.

“Kami abaikan sahaja perkara ini sebab hanya heboh di Facebook. Ini bermakna khalayak pun tidak ambil pusing,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

Sebelum ini tular sebuah akaun TikTok meletakkan gambar Fattah, Wanna dan aktres Nur Fazura dengan tajuk ‘Whatsapp rakan kerja perlu ada emoji ‘love’ ke? – Fazura’.



Wanna kemudian tampil  menegaskan akaun TikTok itu telah menyebarkan fitnah selain mengesahkan hubungannya dengan Fazura dalam keadaan baik.

Sebelum itu, Wanna pernah dikecam tidak sensitif apabila memuat naik gambar bersama Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34  pada hari sama Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap aktor itu.


Wanna bagaimanapun menjelaskan foto bersama Fattah itu telah dijadualkan untuk dikongsikan dalam Instagram sehari sebelumnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 25-10-2024 08:37 AM
so?
Quote ezacbee 25-10-2024 08:43 AM
Semua nak nasi himpit fatah..

Agak2 de duda duda yg terasa tak?
Quote manehnya 25-10-2024 09:49 AM
lawa gak budak wana ni, mixed ke
Quote katak hijau 25-10-2024 09:50 AM
manehnya replied at 25-10-2024 09:49 AM
lawa gak budak wana ni, mixed ke

Mmg cantik. First time tengok dia blakon masa drama dgn awie n alvin chong tu
Quote missyL 25-10-2024 11:49 AM
Dulu rase die ni bese2 je
Skang nmpk manis lawa plk hihi
Quote kelip2_07 25-10-2024 11:56 AM
ank ayu puteh kn?mmg lawa..duit pn byk
Quote Manusiabesa 25-10-2024 12:02 PM
Ada gk nmpk ss wasap tu kt tt.. tp blurred. Mcm wana ajak patah lunch..with emoticon love kt ujung ayat... patah pun reply mcm stuju nk lunch.. with many emoticon love..

Mwahahaa.

Drama makin twisted.
Byk olk watak sampingan ujung2. Tp klu masa shuting LMT, wana dok bekepit dgn patah..secara logiknya dlm team tu kn ada 2 beradik alim warak tu...helija dgn hajwani..xkn deme bedua x bg tazkirah.
Quote sayawifenikmie 25-10-2024 12:14 PM
alahaiiii reporter
hormati lah faz and fattah
depa kan baru jer berpisah
masing2 sedang merawat hati
sibuk lah nak ganding2 orang
Quote menjad 25-10-2024 12:21 PM
orang tuh dah duda pung bio gasak ler kalau 24/7 jam nak bermesej ngan mana2 pompuan pung. dasarrrrr
Quote Sazreena 25-10-2024 03:06 PM
Ceni bagus...duit banyak, hapgred look..dulu nampak berkerak..now kira cun lah jugek.
Quote rainbowrainz 25-10-2024 03:09 PM
Dik lepas ni boleh mintak ye sebab bamtah dah jadi Duda panasss gittewww.ehek ehek
Quote innocentsangat 25-10-2024 03:29 PM
Link tu utk affiliate shopee je. Senang betul kerja sekarang. Fitnah2 letak link. Senang hati ke mkn duit haram tu? Moga Allah bagi pengajaran kat dunia ni. Aaminn.
Quote pocongkiutss 25-10-2024 03:52 PM
innocentsangat replied at 25-10-2024 03:29 PM
Link tu utk affiliate shopee je. Senang betul kerja sekarang. Fitnah2 letak link. Senang hati ke mkn ...

Sama la mcm rosyam nor n si pajurah kena hari tu

Dan2 org terus percaya
Quote jemahjacjon 25-10-2024 03:58 PM
Patah tak heran la pelakon2 bbnu muda2 bergetah ni. Patah suka yg experience
Quote sweetfasha 25-10-2024 03:58 PM
menggarit sekor sekor

semua menimpit patah
Quote bambimo 25-10-2024 04:29 PM
Sapa ada skrinshot nya..puas la aku zoom apa pun x nmpk
Quote innocentsangat 25-10-2024 05:18 PM
pocongkiutss replied at 25-10-2024 03:52 PM
Sama la mcm rosyam nor n si pajurah kena hari tu

Dan2 org terus percaya

Oh ya? Warga fb dh lebih dari warga forum. Hahaha
Quote innocentsangat 25-10-2024 05:18 PM
bambimo replied at 25-10-2024 04:29 PM
Sapa ada skrinshot nya..puas la aku zoom apa pun x nmpk

Mmg. Sbb clickbait je tu. Dasarrr
Quote OsHiN_hOnEy 25-10-2024 05:26 PM
suara dia sedap budak ni
muka pun lawaaa

tak payah lar amik sumber2 dari TT tu

kalo kat fesbuk pulak byk link shopee utk clickbait buat cerita bukan2
moga mati jadi pocong sebab suka up kematian org as clickbait

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.090310 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top