CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dikecam Setelah Umum Penceraian Dengan Fattah Amin, Fazura Kini Kembali Aktif Kongsi Gambar OOTD

22-10-2024 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22186| Komen: 44

 


Hampir dua minggu selepas mengumumkan perceraian dengan Fattah Amin pada 7 Oktober lalu, pelakon dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin, 40, sekali lagi menarik perhatian netizen dengan perkongsian terbarunya di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Fazura meluahkan rasa syukur atas nikmat yang diterima daripada Tuhan, seolah-olah membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

“Embracing, alhamdulillah,” tulis Fazura dalam kapsyen, sambil memuat naik gambar dirinya yang bergaya dengan kaca mata hitam.

Momen ini diperkukuh dengan pemilihan lagu ikonik Celine Dion, “A New Day Has Come”, yang memberikan suasana positif dan harapan baru.

Reaksi daripada pengikutnya tidak mengecewakan. Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada pelakon filem Pisau Cukur ini.

 


“Terus kuat daripada sebelumnya, Faz. Kami mungkin tidak lantang bersuara tetapi percayalah kami ada sahaja,” komen seorang peminat, menzahirkan solidariti terhadap artis kesayangan mereka.

Seorang lagi pengguna media sosial menambah, “Bahagiakan dirimu, hilang seketika tidak mengapa tapi kembali lebih kuat selepas itu. Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih daripada apa yang dia mampu.” Kata-kata ini menggambarkan harapan dan dorongan untuk Fazura agar terus bangkit selepas melalui detik sukar dalam hidupnya.

 

Fazura dan Fattah Amin, yang berkahwin selama tujuh tahun, dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun. Perceraian ini pastinya menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat dan pengikut mereka.

Namun, dengan sokongan padu yang diterima, Fazura nampaknya bersedia untuk meneruskan kehidupannya dengan penuh semangat.

SUMBER : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 22-10-2024 02:54 PM
Moga fazzy maju Jaya
Excited nak tahu sape jodoh fazzy pula
Nevertheless she's strong woman, santek pulak Tu

Fatah pun moga maju Jaya
Tolong lah improve lakonan and a
Dah berapa tahun Dalam industri.... Jgn Kata nak sebaris dgn abg zamarul or rosyam Noor... At least lakonan bawah sikit Dari shukri yahya or nazim Othman pun cukup lah

Done bebel
Quote Hoshhi 22-10-2024 02:56 PM
Fly higher kaka faz
Quote AkokKocik 22-10-2024 02:59 PM
Aku sokong fazz bkn sbb minat fazz tp aku tgk muka pattah tu mengingatkn aku ttg sorang manusia yg depan org mcm malaikat tp blkg, kalah setan.
Quote manehnya 22-10-2024 03:18 PM
feeling hot janda
Quote nisako 22-10-2024 03:23 PM
wow go faz go
Quote miss_strangers 22-10-2024 03:24 PM
Go fazz jangan pandang belakangg
Quote MadameOnion 22-10-2024 03:36 PM
semoga baik2 saja buat faz..u go girl..dan semoga abedol jumpa jodoh yg sesuai dengan abedol ( aku pernah mention ciri2 wanita yg sesuai dgn abedol kat thread lain) supaya tak dikaitkan dgn faz lagi
Quote zehra2 22-10-2024 03:43 PM
moga terus gemilang kaka Faz..
tak yah sedih² dah.. cukup² ler payung si abdol tu.. fokus pd kejayaan diri sendiri dulu..
tak rugi apa pun..
terus menyokong utk palestine.
Quote selipar_hijau 22-10-2024 03:45 PM
MadameOnion replied at 22-10-2024 03:36 PM
semoga baik2 saja buat faz..u go girl..dan semoga abedol jumpa jodoh yg sesuai dengan abedol ( aku p ...

abedol sesuai dgn pompuan2 gomen bertudung je
Quote MadameOnion 22-10-2024 03:46 PM
selipar_hijau replied at 22-10-2024 03:45 PM
abedol sesuai dgn pompuan2 gomen bertudung je

iols acik gomen bertudung..tapi tak pernah minat abedol
Quote noor2 22-10-2024 03:49 PM
Akak pulak acik yg x gemok x kepam...tp ada kesian kat fatah
Quote imanjannah 22-10-2024 06:10 PM
liv u Faz
Quote dua_chzy 22-10-2024 06:12 PM
Go Go Nur Fazura Sharifuddin!
Quote pocongkiutss 22-10-2024 06:19 PM
Pajurah ni merajuk saja test buat2 minta cerai supaya laki dia pujuk..tp silap percaturan lakinya terus bg apa dia nak sbb tu dh siap2 ada lagi "bertahan demi chenta" kan..tp ujung2 lain pulak yg jd
Quote nottyyuni 22-10-2024 06:21 PM
Try siti saleha..lawaaa.
Quote Missblablabla 22-10-2024 06:22 PM
Go kaka faz gooooo!!
Quote spy_caridotdot 22-10-2024 06:25 PM
Embracing = Embarrassing [em:4:]
Quote aijinmisaki 22-10-2024 06:40 PM
Just who acik2 kepam ni nak kata fattah sesuai dengan siapa dan tak. Yihhhh
Quote sharlenetexas 22-10-2024 07:17 PM
Bukan ke umur 41?

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.048584 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top