|
Hampir dua minggu selepas mengumumkan perceraian dengan Fattah Amin pada 7 Oktober lalu, pelakon dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin, 40, sekali lagi menarik perhatian netizen dengan perkongsian terbarunya di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Fazura meluahkan rasa syukur atas nikmat yang diterima daripada Tuhan, seolah-olah membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
“Embracing, alhamdulillah,” tulis Fazura dalam kapsyen, sambil memuat naik gambar dirinya yang bergaya dengan kaca mata hitam.
Momen ini diperkukuh dengan pemilihan lagu ikonik Celine Dion, “A New Day Has Come”, yang memberikan suasana positif dan harapan baru.
Reaksi daripada pengikutnya tidak mengecewakan. Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada pelakon filem Pisau Cukur ini.
“Terus kuat daripada sebelumnya, Faz. Kami mungkin tidak lantang bersuara tetapi percayalah kami ada sahaja,” komen seorang peminat, menzahirkan solidariti terhadap artis kesayangan mereka.
Seorang lagi pengguna media sosial menambah, “Bahagiakan dirimu, hilang seketika tidak mengapa tapi kembali lebih kuat selepas itu. Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih daripada apa yang dia mampu.” Kata-kata ini menggambarkan harapan dan dorongan untuk Fazura agar terus bangkit selepas melalui detik sukar dalam hidupnya.
Fazura dan Fattah Amin, yang berkahwin selama tujuh tahun, dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun. Perceraian ini pastinya menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat dan pengikut mereka.
Namun, dengan sokongan padu yang diterima, Fazura nampaknya bersedia untuk meneruskan kehidupannya dengan penuh semangat.
SUMBER : Murai.my |
|