Perkongsian usahawan Watie Hanifiah di Insta Story yang berkongsikan tip berkahwin dengan lelaki duda yang kehilangan isteri menjadi perhatian ramai. Difahamkan, Watie menjawab persoalan netizen yang meminta tips berkenaan daripadanya. Menurut Watie, wanita itu perlu banyakkan besabar jika ada yang mahu berkahwin dengan lelaki duda kehilangan isteri. Tambah Watie lagi, jika terasa di hati banyakkan selawat serta perlu meningatkan diri sendiri bahawa hidup, hati dan perasaan manusia adalah milik Allah. “Tips dia kena tahu dulu apa yang kita pilih, jika itu pilihan kita jadi kena banyakkan bersabar. Kalau ada benda terasa, cepat-cepat baca selawat. Cakap dalam diri ‘takpelah dunia hanya pinjaman’.
“Hidup, hati dan perasaan manusia ni Allah yang punya, kita nak fikir sangat pun satu masa Allah ambil nyawa kita atau suami jadi tetap tak ada apa juga yang tinggalkan,” katanya. Sementara itu, Watie berkata sentiasa berfikiran positif terhadap pasangan untuk elakkan masalah atau perselisihan faham serta sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi rasa kasih dan cinta dalam hati suami. “Kalau kita berfikiran baik, insya-Allah ganjaran yang baik juga yang Allah beri. Yang penting kita yang kena selalu doa, minta kat Allah semoga Allah beri rasa kasih, cinta, rindu dalam hati suami dan anak-anak untuk kita dan begitu juga kita pada mereka,” katanya. Terdahulu, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib pada 23 Jun 2023. Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19. SUMBER: Rotikaya |
Tambah Watie lagi, jika terasa di hati banyakkan selawat serta perlu meningatkan diri sendiri bahawa hidup, hati dan perasaan manusia adalah milik Allah.
selipar_hijau replied at 21-10-2024 12:41 PM
Aku sorg je ke rasa melugai baca ayat2 dia ni
innocentsangat replied at 21-10-2024 12:56 PM
No. 1 : Kaya.
No. 2 :
selipar_hijau replied at 21-10-2024 12:41 PM
Aku sorg je ke rasa melugai baca ayat2 dia ni
Prickford replied at 21-10-2024 12:24 PM
Iolls paling tak berani nak bagi tips umah tangga dan juga mendengar tips dari orang lain. Rumahtang ...
ADVERTISEMENT