Menerusi satu hantaran di TikTok, zeeyysss telah memuat naik video memaparkan hari orientasi di sebuah universiti awam di Segamat sedang kecoh kerana beberapa fasilitator bergaduh namun puncanya tidak diketahui. Menurut fasilitator tersebut, mereka terpaksa mengorbankan hari cuti mereka kerana perlu menjayakan hari orientasi tersebut, namun dibalas dengan pergaduhan bersama fasilitator lain.
Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa fasilitator yang menengking pelajar baharu hanya kerana mereka bersuara ketika pergaduhan tersebut. Melihat kepada wajah pelajar baharu ketika fasilitator tersebut bergaduh, segelintir daripada mereka kelihatan sedikit cuak atau gentar melihat kejadian tersebut. Rupa-rupanya pergaduhan tersebut hanyalah helah daripada fasilitator untuk menyambut hari jadi rakan mereka yang dipercayai merupakan salah seorang daripada fasilitator semasa orientasi. Sebaik mendengar nyanyian lagu ‘Happy Birthday’, terdapat beberapa pelajar baharu lelaki yang kedengaran kurang berpuas hati dengan sambutan tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melabel fasi universiti awam itu syok sendiri kerana menyambut hari lahir rakan mereka di hadapan pelajar baharu. Malunya sampai ke sini….. Sumber - OhMyMedia
|
Zezo replied at 2-10-2024 11:06 AM
Aku paling malas betul orientasi time, 1 atau 2 hari tak boleh ke.
Mcm takde significant untu ...
kepompong replied at 2-10-2024 11:28 AM
UTM skudai tahun ni 3 hari je. ... sabtu, ahad , isnin. Sabtu pun Lepas pukul 2 baru start.
sela ...
ADVERTISEMENT