CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

GISBH tidak pernah bayar cukai – KPN

25-9-2024 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30966| Komen: 34

 

KUALA LUMPUR – GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) didapati tidak pernah membayar cukai hasil semakan dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu selari dengan siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Ini dikesan hasil kolaborasi siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama LHDN yang mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan.

“PDRM menyeru masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan babit GISBH ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, Kosmo! melaporkan reman Pengerusi Eksekutif GISBH merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan isterinya disambung empat hari lagi.

Lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas permohonan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Turut menerima tempoh reman sama adalah 22 lagi individu tertinggi dalam pengurusan GISBH dianggarkan berusia 25 hingga 65 tahun.

Reman bermula 26 hingga 29 September itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote begg 25-9-2024 10:39 PM
Gabungan Iblis Setan Babi Hanat!
Quote tahanie 25-9-2024 10:43 PM
Orang makan gaji laju je nak tax banyak2. Companies ko boleh biar tak pernah bayar cukai???
Quote grouper 25-9-2024 10:45 PM
Mcm2 salah diorg ni nape skang baru nak dakwa n siasat...bukan ke dah lama polis n jakim tau diorg ni x boleh pakai...org cakap klau lari cukai cepat je lhdn bertindak x perlu semak2 bagai...pelik betul la
Quote silance 25-9-2024 11:32 PM
mereka bayar zakat la, cuba check lembaga zakat
Quote Tiggybiru 25-9-2024 11:48 PM
Serious depa bayaq zakat?
Quote Tiggybiru 25-9-2024 11:49 PM
Edited by Tiggybiru at 26-9-2024 06:24 AM

Cerita dia takda sapa report lhdn kah? Sbb tu lhdn tak pernah mai buat “pantauan cukai”?
Quote Apoo 25-9-2024 11:49 PM
grouper replied at 25-9-2024 10:45 PM
Mcm2 salah diorg ni nape skang baru nak dakwa n siasat...bukan ke dah lama polis n jakim tau diorg n ...

Mungkin depa takut dituduh meruntuhkan satu2 nya empayar business Melayu Islam yg boleh lawan business org Cina budha. Agaknya la. Sekrg pun bukan main puak2 tu try to justify gisb ni. Kononnya sistem business depa ni terbaik. Padahal layan pekerja mcm hamba, x diberi gaji, elaun, kwsp, socco etc. Mcm konsep hamba abdi la.
Quote MissYouSayang 26-9-2024 12:52 AM
Tudia kemain dok jilat BT lani. Dah jadi jurucakap abuya skibidi plak da
Quote naina 26-9-2024 01:05 AM
Perghhh patutlah kaya lain macam. Sampai luar negara empayar gisb. Pekerja tak dibayar gaji, cukai tak bayar. Perghhhhh 100% kenyang sendiri la ye..
Quote hyie 26-9-2024 01:22 AM
bukan ke diorang ada bagi dana untuk politik katanya? kalau ya, so logik je tak bayar tax sebab dapat pengecualian misalnya.
Quote batmana 26-9-2024 06:19 AM
Ada unsur rasuah ni.. kompeni kecik tahap PPRT xbyr cukai pun bole trus kene ambush dgn LHDN..mstii ada yg kenyang mkn duit haram..
Quote alesandra 26-9-2024 06:35 AM
ilmu ghaib kaa?company punya besar.. sebesar alam selamba je tak bayar tax
Quote nisako 26-9-2024 08:10 AM
aik cm mana boleh lepas
Quote ekselen 26-9-2024 09:35 AM
camne lhdn boleh x check diorg ni smpai x byr cukai?? pdhal company besar ngan segala jenis perniagaan..kalo rakyat marhaen gaji kecik kemain korang dok audit bagai.. kikis selagi vole...ni tang gajah dpn mata apo pun x nampak... buat keja sambil tido ke hape..serius xleh brain haku
Quote Nnasda53 26-9-2024 09:35 AM
Dengar2 zakat pun tak bayar inikan cukai.
Quote ekselen 26-9-2024 09:40 AM
Nnasda53 replied at 26-9-2024 09:35 AM
Dengar2 zakat pun tak bayar inikan cukai.

sorry..iols tertekan report td.. henpon da bengong
Quote Nnasda53 26-9-2024 09:44 AM
ekselen replied at 26-9-2024 09:40 AM
sorry..iols tertekan report td.. henpon da bengong

It's ok..
Quote fanaz82 26-9-2024 10:47 AM
zakat diorang bayar x?
Quote Orix 26-9-2024 11:35 AM
SDN BHD bukan wajib htr audit ke

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049634 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top