Sydney: Seramai 12 tentera Singapura dimasukkan ke hospital selepas terbabit kemalangan ketika menjalani latihan ketenteraan di Australia. Beribu-ribu tentera Singapura dihantar ke Australia untuk Eksesais Wallaby, salah satu latihan luar negara terbesar di negara itu. Kementerian Pertahanan Singapura berkata, sebuah kenderaan tempur berperisai Hunter menghalang kenderaan tempur lain ketika bergerak kembali ke pangkalan di kemudahan latihan Shoalwater Bay Australia, pada malam Selasa. Kementerian itu berkata, seramai 12 anggota tentera mengalami kecederaan tidak serius dan mereka dibawa ke hospital. "Mereka kini dirawat atau pulih dengan baik," katanya. Tentera Singapura menggesa jeda keselamatan supaya ia boleh mengingatkan pemandu untuk mengekalkan jarak yang betul. Latihan perang unilateral berlaku di bawah perjanjian yang sudah lama terjalin antara Australia dan Singapura, yang tidak mempunyai kawasan daratan untuk melatih tenteranya secara berskala.
Sumber :– Harian Metro |
babynina30: Oo tumpNg oz utk training ka. ...
ADVERTISEMENT