CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Takkan kemas bilik sampai empat jam’- rakyat Malaysia tidak puas hati terhadap waktu daftar masuk dan daftar keluar di inap desa dan hotel tempatan ...

24-9-2024 08:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38963| Komen: 55|Original author: EJALTI

 
 

 

PETALING JAYA – Semakin ramai rakyat Malaysia kini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap waktu daftar masuk dan daftar keluar di inap desa dan hotel tempatan, dengan tempoh masa pembersihan bilik yang dianggap terlalu lama menjadi punca utama.

Menerusi sebuah hantaran TikTok oleh Zafri Halim, beliau menyatakan bahawa kebanyakan ‘homestay’ dan hotel mengambil masa yang terlalu lama untuk membersihkan bilik yang telah diduduki.

Bukan itu sahaja, waktu ‘cleaning’ itu menyebabkan tetamu terpaksa mendaftar masuk lambat tetapi harus mendaftar keluar seawal pagi.

“Bayangkan check-in, kita kena sampai paling awal pun 4 petang, ada yang 3 petang. Check out pula ada yang 12 tengah hari, ada yang lebih awal iaitu 11 pagi. Jadi, kita duduk hotel ni hanya untuk tidur dan breakfast semata-mata. Hanya untuk bermalam sahaja.

“Saya tahu memang ada waktu untuk cleaner (tukang bersih) datang kemaskan bilik semua tapi takkan lah kemas bilik sampai empat jam. Negara-negara lain sekejap saja jangka masanya. Tak perlu sampai empat jam,” jelasnya.

Beliau turut menyarankan agar pihak pengurusan hotel dan inap desa menyemak semula jadual pembersihan dan menyesuaikannya agar lebih fleksibel dan tidak menyusahkan tetamu.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial yang bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh lelaki terbabit di ruangan komen hantaran tersebut.

“Betul tu pendek sangat masa kita menginap kat hotel atau ‘homestay’ tapi harga makin mahal,” komen Rasidah.

“Ada hotel yang kedekut ambil pekerja macam hotel bajet, seorang sahaja kemas bilik yang banyak. Sebab itu lambat siap kemas, sebab tu lah check-in ada yang lambat. Kemas seorang sahaja, pukul berapa nak siap. Saja cakal sebab dulu saya kerja housekeeping (pengemasan rumah),” ujar Nolin.

“Betul mengarut. Baik bercuti di luar negara,” komen Azmi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 24-9-2024 03:28 PM
berapa hari berapa malam pulak ni nak merempan pasal waktu ckeck out hotel? Orang dah kata ini masalah staffing ko duduk presidential suite ka nak expect priority service ha setan?
Quote jiwasemangat 24-9-2024 04:02 PM
I hotel tuu ada 1 bilik saja agak nya..sbb tu dia komplein.
Quote pearl.silver 24-9-2024 04:13 PM
Jiran i ambil upah cuci homestay. Rumah 2 tingkat saiz 20x70, 4 bedroom 3 bathroom
Klu biasa2 less than 2 hrs
Klu ada guest yg huru hara kn umh boleh amik masa 3 jam nk kemas.
Jiran exclusively jaga 1 homestay tu je.
Quote Skuau 24-9-2024 04:37 PM
Edited by Skuau at 26-9-2024 03:10 PM

...1 blk 30 min kena kemas( bergantung jugok..1 floor ada bape bilik)...itu.dooloo la...la ni taktau la pulok...
Quote kemaruk 24-9-2024 04:54 PM
Purata kemas 1 bilik 30 minit untuk seorang staf housekeeping

Kalau hotel ada 100 bilik fully occupied malam sebelumnya, dan semua check out 12 tengahari, agak2 berapa orang staff yang diperlukan untuk capai target pukul 2 petang? Go figure
Quote izwan_izi 24-9-2024 04:54 PM
Apeke bangang si Zafri Halim ni..selama ni diye duduk hotel yg cuma bangunan rumah kedai ke apa nk expect houskeeping kemas bilik guest dlm sejam dua..?
Quote kakikuDibibirmu 24-9-2024 05:12 PM
Kau kemas sendirilah senang cerita
Quote kucingitam 24-9-2024 05:57 PM
tu lah..dia ni pernah kemas bilik sendiri tak? hotel tu lagi complicated tau bang, nak tukar cadar, bersih bilik air, kalau anak kau pulak pergi sepah2kan barang, tumpahkan air sirap, susu kat karpet. ah jenuh housekeeper. otak dia la..
Quote ninja boy 24-9-2024 06:10 PM
Datang penyewa hotel neraka budak kencing atas tilam bawak alkohol simbah tilam kongkek merata2 berparti berpesta sisa makanan atas lantaie
Quote tungkai 24-9-2024 06:39 PM
Ko ingat yg check out tu ada buat basic cleaning ke? Yg jadi mcm tongkang pun ada. Tak masuk lagi taik kat pampers sumbat dlm dust bin. Makanan tumpah dgn bau2 babi lagi. Reasonnya "aku dah bayar kan so bersihkan ajelah". Nak2 pulak spesis bugima check out lewat. Sah2 la affected org yg nak check in.
Quote cm_vungtau 24-9-2024 07:01 PM
Hotel ni memang mahal pun. Nak duduk sehari tak berbaloi
Quote Cyempaka 24-9-2024 07:26 PM
Bila B40 ramai2 ambik kwsp buat jalan2 tido hotel acah2 healing sambil up video kat tiktok - maka inilah jadinya..
komplen itu komplen ini. dah la dok hotel bawak sekampung tapi masing-masing sembang tak kalah..

“Betul mengarut. Baik bercuti di luar negara,” komen Azmi. – KOSMO! ONLINE.

gituwwww
Quote nuryakmal 24-9-2024 08:21 PM
Some are true. Masalah staffing adalah  hotel. Bukan masalah guest. Kalau checkin normally pkl 2/3. Tapi kalau da jejak pkl 4 pkl 5, program kita pun tergendala. Kalau letak bag lepas tu merayap jalan2 takpe. At least kalau pun lewat bagi bilik, bagila lunch ke tea time ke. Tak kira la bilik standard ke , suite ke apa.

Hotel pun bukan tak tau waktu puncak guest. Time2 cuti sekolah time2 cuti panjang, waktu tu la kena add temporary cleaning or service staff. At the end of the day, org hanya akan ingat service apa yg dia dapat.
Quote ledigugu 24-9-2024 10:16 PM
I terus tak tengok dah hotel yg implement check in pukul 4pm ni. Kalau pukul 3 boleh tolerate lagi. Kdg2 try check in pukul 2pm, kalau bilik siap dia bagi je check in. Tp kalau pukul 4, baru start process check in, pukul berapa pulak dpt kunci? Tak ke makin delay
Quote cm_vungtau 24-9-2024 10:25 PM
I rasa hotel2 check in ni memang merapik. Cemana nak buat apa2 pun kalau dah kena check out pukul 12? Lepas makan breakfast terus nak kena kemas2. Pastu nak kena sampai pun nak kena agak2 sampai kul 3 petang. Duduk kejap dah malam. Aku pun kekadang bengkek jugak dengan hotel. Tapi airbnb lagi hanat. Kena check out kul 11 lagi.
Quote cm_vungtau 24-9-2024 10:27 PM
Harga hotel kalau seratus tu takpe lagi. Kalau yang 700 semalam, pastu pagi2 buta kena kejut makan brekpes pastu nak kena check out? Kurang2 kasik ajelah contohnya kalau kita sampai lambat, kasi kita check out lambat. Tapi kecuali peak dates.
Quote jfq 24-9-2024 10:27 PM
Bercukur la check out kul 12
Kat new zealand smua nya check out kul 10am
Quote ledigugu 24-9-2024 10:30 PM
Satu lagi i tak paham yg homestay/airbnb sewa ikut tenant. Bukan sewa ikut sebiji rumah. Kalau ikut tenant, lets say laa satu rumah tu boleh masuk 10 org, tp yg nak sewa dlm 5 org je, so dia boleh cari la lagi 5 org utk maximize profit? Yg ni iols mmg blurrrrr betul. Kalau dh blur tak paham konsep mcm ni, iols pun babai kan aje
Quote swimswim 24-9-2024 10:38 PM
Diorg ni igt cari staff cleaning for hospitality industry zaman skrg ni senang agaknya. Dah train susah pyh pun tp result hampeh. Kang bagi cek in cepat, customer complaint kotor plak. Dia x tau betapa hazab n penat nk mengemas kalau guest tinggalkan bilik mcm haram

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.168564 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top