CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang lagi anak CEO GISBH antara tujuh ditahan

20-9-2024 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18429| Komen: 5

 


KUALA LUMPUR – Polis menahan anak bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad serta anak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) , awal pagi ini.

Kedua-dua individu itu antara tujuh lelaki ditahan dalam Op Global di empat lokasi di Pahang dan Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bermula pukul 11 malam tadi sehingga pukul 4.07 pagi ini

Katanya, permohonan reman ke atas kesemua lelaki berusia 24 hingga 35 itu dibuat di Mahkamah Shah Alam, Selangor.

“Mereka direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Razarudin berkata, kesemua yang ditahan itu ditempatkan di Lokap Berpusat Shah Alam.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan, 19 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH antara ditahan dalam serbuan sepasukan polis, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, isteri kepada pemimpin tersebut antara 12 lelaki dan 7 perempuan berusia 25 hingga 65 tahun ditahan sekitar pukul 5.40 pagi tadi oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

permohonan reman selama tujuh hari terhadap 19 individu itu dijalankan di Mahkamah Shah Alam, semalam.


Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bfjsmbcksbxj 20-9-2024 05:16 PM
Semoga kebenaran terbongkar
Quote honam 20-9-2024 07:22 PM
adib ke?
Quote Shayang 20-9-2024 07:46 PM
Harap page pukas masih bertahan la jgn kene benam mcm PW tu
Sbb dorang takat ni cuma share je, bahasa pun
masih murni lagi.
Sbb pukas takat ni pun serang bab ajaran sesat je tak kacau scammer.
Byk maklumat pukas share termasuk pasal acc dummy geng sesat nih tuk taruk duit.
Quote Kuin-Kepam 20-9-2024 11:42 PM
aminnn..syukur msia masih aman
Quote L.U.S.M 21-9-2024 09:17 AM
Kes china ape cerita
Hehehe

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.046122 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top