CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Laut Pulangkan Semula” – Ramai kecewa longgokan sampah di pantai akibat ombak besar

20-9-2024 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13559| Komen: 20|Original author: Abahmung


Sejak semalam (17 September) kecoh di media sosial apabila orang ramai khususnya penduduk Pulau Pinang berkongsi fenomena air pasang besar, hujan lebat dan ribut di negeri tersebut. Ia sekaligus menyebabkan ombak besar berlaku.

Memetik Berita Harian, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai berikutan cuaca tidak baik dan keadaan ombak tinggi.

Mengulas lanjut mengenai kejadian ini, tular video di X (Twitter @update11111) menunjukkan bangunan musnah akibat pokok tumbang. Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar Tree Square, Tanjung Bungah di Pulau Pinang.

Banyak Sampah Sarap Terdampar Akibat Ombak Besar & Ribut

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila wanita dikenali sebagai Petra Burton berkongsi suasana di sekitar pusat membeli-belah Straits Quay, George Town, Pulau Pinang selepas ribut dan ombak besar melanda.

Menerusi foto-foto tersebut, kelihatan sampah sarap daripada laut berlonggokan di darat sekitar pusat beli-belah itu.

Bungkusan plastik, sisa makanan, botol minyak petrol, selipar terbiar dan banyak lagi. Longgokan sampah sarap berkenaan dipercayai milik segelintir individu tidak bertanggungjawab yang bertindak mencemarkan alam sekitar.

“Laut kembalikan sampah kita,” ujar Petra di ruangan kapsyen.

Sumber: Facebook Petra Burton

Ramai Kecewa Dengan Individu Yang Buang Sampah Ke Dalam Laut

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang sampah sarap yang bertaburan itu.

“Aku tak akan faham dengan orang yang pergi tempat cantik macam pantai ni kemudian selamba buang sampah dalam laut atau atas tanah. Memalukan diri sendiri,” ujar seorang lelaki.

Malah ada yang berkata, perkara sebegini sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Manusia tak beradab ada di mana-mana. Saya dah nampak banyak kali pakcik dan makcik buang sampah di Kampung Sungai Perak di Perak dan sampah yang sama mengalir ke laut. Sekarang laut hanya pulangkan balik kepunyaan kita,” jelas seorang individu.

Bagi menangani masalah sampah sarap yang banyak, segelintir individu berharap agar komuniti khusus akan bekerjasama bagi membersihkan kawasan laut.

Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa kecewa kerana kesedaran tentang kebersihan alam sekitar masih kurang.

“Kekurangan didikan yang sewajarnya. Mereka ingat ia hanya sekadar kekotoran dan tidak cakna bahawa tempat sebenar sampah adalah dalam tong sampah,” kata seorang pengguna Facebook.



Sumber: Facebook Petra Burton


Menjaga Alam Sekitar Adalah Satu Tuntutan Dalam Islam


Untuk pengetahuan semua, menjaga alam sekitar merupakan salah satu tuntutan yang dititik beratkan dalam agama Islam.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, melakukan kerosakan ke atas muka bumi termasuk dalam larangan Tuhan Yang Maha Esa. Oleh disebabkan itu, para Muslim wajib mentaati dan menjauhi segala larangan-Nya.

Allah SWT berfirman:

وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya: “Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”

Sumber : therakyatpost

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 20-9-2024 10:35 AM
seswailah dgn mayoritas penduduk situ yang...............
Quote dua_chzy 20-9-2024 11:55 AM
Sampah sarap laut Pineng yang kelam tak cantik lansung ke tu? Selayaknya.
Quote ifanonline 20-9-2024 12:01 PM
bangsa atlantis wujud
Quote Jikookie 20-9-2024 12:03 PM
Sedih tgk. Rasanya hampir semua pantai akan ada sampah sikit banyak pun. Padahal tong sampah ada je disediakan, nak jugak buang merata
Quote Samerosie 20-9-2024 12:07 PM
Adan uker..now kutip dan buang kat tempat yg sepatutnya.
Quote ultra78 20-9-2024 12:39 PM
Bermula dengan menjaga kebersihan sungai
Quote Skuau 20-9-2024 01:02 PM
kita kehulu kehilir antara negeri terkaya maaaa...sampah itu apa??? Lu olang tau ke tak tau
Quote delia3003 20-9-2024 01:10 PM
Tak payah cakap penang, rasanye semua pantai macam tu sebab ramai jenis pemalas dan pengotor. Takde rasa bersalah langsung buang sampah merata.
Quote She-Ra 20-9-2024 01:36 PM
org Malaysia ni ntahla.. sb tu ramai yg kedeks nak share lokasi air terjun atau hutan yg lawa.. sebab nilah.. nak elak jd pusat pembuangan sampah. lepastu jd tempat kencing tikus
Quote ninja boy 20-9-2024 03:06 PM
Ikan makan sampah kemudian korang makan ikan
Quote imanjannah 20-9-2024 03:34 PM
Last month gi Sabah, gi la kitaorg sekeluarga ni ke Pantai Tanjung Aru petang sementara nk tunggu flight malam ty, ya Allah sampahnya..
Quote nisako 20-9-2024 03:37 PM
x paham la nape org buang sampah dlm laut... bodo...
Quote tripleid 20-9-2024 03:44 PM
Spisis bingai buat sungai/laut mcm tong sampah mmg x layak idop atas muka bumi ni ..sila pindah dok planet lain
Quote Samerosie 20-9-2024 04:09 PM
nisako replied at 20-9-2024 03:37 PM
x paham la nape org buang sampah dlm laut... bodo...

Bukan laut sangat, most of the time orang buang sampah dalam sungai yg bawa sampah ni ke laut.  
Quote Bfjsmbcksbxj 20-9-2024 05:18 PM
Ambik ko
Quote mrseller 21-9-2024 08:59 AM
bingai rakyat bingai lagi gomen. skrg gomen patut dah haramkan pengunaan plastik or botol plastik sebagai benda mudah buang especially di kedai. nak beli mineral bawak botol sendiri dari umah, refill dan bayar
Quote snowflakes 21-9-2024 09:29 AM
Gomen dah letak tong sampah merata-rata pun nak salahkan gomen lagi. Memang yang bingai tu yang tak reti buang sampah dalam tong sampah.
Quote misc 21-9-2024 09:33 AM
Dah gelaran pun Darul Sampah.
Quote eyansss 21-9-2024 05:20 PM
mrseller: bingai rakyat bingai lagi gomen. skrg gomen patut dah haramkan pengunaan plastik or botol plastik sebagai benda mudah buang especially di kedai. nak b ...


yang rakyat bingai tak reti buang plastik tu kat tong sampah dah kenapa?  berhenti tuding jari kat orang, tengok diri sendiri dulu...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.128850 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top