CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Mazlein Pilih Sembunyi Wajah Anak, Lebih Banyak Kebaikan

18-9-2024 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17057| Komen: 35

 


Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein berkata dia memilih untuk ‘menyembunyikan’ wajah dua anaknya dengan emoji setiap kali memuat naik gambar di Instagram kerana merasakan ada kebaikannya.

Memetik BH Online, Elly bagaimanapun berkata dia tidak menyembunyikan wajah anaknya apabila di tempat umum dan ada sahaja yang akan menegur anak sulungnya, Sefhia sudah besar.

“Saya memang memilih sembunyi wajah anak dalam media sosial selagi mampu. Ini kerana, saya hanya meletak emoji dalam dalam IG sahaja.

“Tetapi, kalau di luar (berjalan-jalan bersama keluarga) saya okay dan tak adalah anak-anak sampai kena pakai topeng. Memang di luar, ada orang yang terjumpa pasti akan menegur Sefhia sudah besar. Cuma, dalam media sosial sahaja tak ‘share’ (kongsi) sebab lagi banyak kebaikan,” katanya.

Sementara itu, Elly berkata perkara tersebut terpulang kepada ibu bapa masing-masing jika mereka tidak mahu berkongsi foto anak dalam media sosial.


“Setiap ibu bapa ada cara untuk membuat perkongsian anak-anak dalam media sosial). Saya memang memilih biarlah anak-anak berada di belakang tabir.

“Sebab, saya nak anak saya membesar seperti anak-anak yang lain. Macam kita dulu-dulu, dia bebas keluar dan tak dapat perhatian ramai. Saya nak anak-anak saya rasa begitu.

“Nanti, apabila sudah besar ikut kepada Sefhia sama ada nak ada akaun media sosial sendiri seperti IG, TikTok dan sebagainya,” katanya.

SUMBER: BH Online
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 18-9-2024 11:39 AM
Hmm
Quote acepark 18-9-2024 03:08 PM
okay jugak..ikut keselesaan masing2
Quote hokeypokey 18-9-2024 06:54 PM
btul ke tutup tu? Nampak jer sipi2 yg boy tu, mentang2 yg tu comel kannn acah tutup separuh plak
Quote mamaterrer 18-9-2024 07:24 PM
Tgk cite kak kepom ngn zamarul tu kelakar btul.. Penat aku gelak2.. Si zamarul pn msk air, mjadi lakonan die mcm kepom..
Quote jihah_kudat 18-9-2024 07:48 PM
bukan dia letak sticker ni dulu sebab nak sorok dari ex  ke sebab ex jarang tengok anak..oh rupanya anak dgn laki baru pun sama ek..okay la aku rasa anak dia rupa awam je so kalo tutup ke tak tutup nobody cares..
Quote kerani_je 18-9-2024 08:14 PM
Anak2 die rupa biasher2 je..Tutup pun x apa kot sbb x ada pun brand2 besar nk offer jadi ambassador atau model product depa pun mcm anak schawal, anak rso atau anak kekrol keknis..So ok je kot klau kak lina n cikgu mat budu tu sticker kn muka anak depa..
Quote cantthinkofany 18-9-2024 08:35 PM
mamaterrer replied at 18-9-2024 07:24 PM
Tgk cite kak kepom ngn zamarul tu kelakar btul.. Penat aku gelak2.. Si zamarul pn msk air, mjadi lak ...

tjuk apa eh....nak tengok jugak....
Quote 3chanceno 18-9-2024 09:38 PM
Reporter dah takde story lain ke? Balik2 cerita recycle pasal tutup muka anak2 bila upload kat medsoc
Quote syamzana 18-9-2024 09:40 PM
lantak la dah anak dia.
Quote mamaterrer 19-9-2024 06:47 AM
cantthinkofany replied at 18-9-2024 08:35 PM
tjuk apa eh....nak tengok jugak....

Terompak sana tertukar sini.. Zamarul jd kak kepom, mmg klaka gile.. Gedik2 ngn mulut gitu...i tgk kt sooka sis.. Layannnnnn
Quote adeqbun 19-9-2024 07:46 AM
ok lah sekurgnya setakat ni die konsisten menstickerkan muka anak2 die...
Quote MeowPARSI 19-9-2024 07:55 AM
Elok laaa kepom,, ko tutup... Zaman sekarang kuat mencerca kat medsoc,, lumat nanti anak2 kene keji.. Aku pun jrg sgt post pic anak,, once a while letak pic anak,, tokojot member,, anak besar pjg dh mcm nak ber me nantu huhuhu,,
Quote selipar_hijau 19-9-2024 08:35 AM
bior la dia nak menstikerkan muka anak2 dia. karang bila tak bubuh stiker korang maki pulak anak dia
Quote sweetfasha 19-9-2024 09:20 AM
Biarlah dia. dia nk dia sorg je femes. lgpun suami dia gomen so ada lah reason dia tersendiri. asalkan tak membongak sangat.
Quote syitaeyqa 19-9-2024 12:19 PM
haritu i g beli nasi ayam kt kedai perampas suami elly ni. kesian pulak tgk fk tu dok sorg kt stall menunggu org datang beli. tp dia peramah la, myb sbb retis kan dah biasa nak communicate.

my opinion, nasi ayam dia biasa je. takelah sedap sangat mcm yg hype rtu huhuu
Quote cantthinkofany 19-9-2024 12:20 PM
mamaterrer replied at 19-9-2024 06:47 AM
Terompak sana tertukar sini.. Zamarul jd kak kepom, mmg klaka gile.. Gedik2 ngn mulut gitu...i tgk ...

chantekkkkkkk....thank you ya....
Quote naina 19-9-2024 12:39 PM
Cuba anak dia comel kebabom rasa2 dia nak show off tak. MMG anak dia muka awam je..lagi2 yang perempuan tu Sebb beberapa kali nampak muka bapak sebiji..btw awam tak awam semoga dididik dengan baik..agar tidak terkinja2 dan menggedik macam omaknya
Quote stingerbumpy 19-9-2024 12:43 PM
naina replied at 19-9-2024 12:39 PM
Cuba anak dia comel kebabom rasa2 dia nak show off tak. MMG anak dia muka awam je..lagi2 yang peremp ...

Do you do the same unto anak anak ko naina anak mommy?
Quote TomyamPuteh 19-9-2024 12:47 PM
Muka anak anak tutup. Barang dia sendiri dia bukak. Gitu salah satu komen acik Bawang yg aku baca. Ada benerrrr nya di situ.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.181226 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top