CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis beri amaran penipisan lapisan ozon paling teruk di Kutub Selatan, Antartika

18-9-2024 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14273| Komen: 12

 


ANKARA – Saintis-saintis memberi amaran bahawa lapisan ozon Bumi semakin menipis sejak ia diperhatikan pada 2020, dengan penipisan paling ketara berlaku di Kutub Selatan dan Antartika, lapor agensi berita Anadolu semalam. 

Menurut seorang pakar dari Universiti Marmara di Istanbul, Mete Tayac, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi manusia dan hidupan di muka Bumi daripada sinaran ultraungu yang berbahaya. 

“Jika tiada lapisan ozon, dunia akan melihat kesan negatif seperti penuaan kulit pramatang, kanser kulit seperti melanoma, gangguan sistem imunisasi, katarak awal pada manusia dan gangguan proses fotosintesis dalam tumbuhan.

“Tiga faktor utama yang menyebabkan penipisan lapisan ozon adalah klorofluorokarbon (CFC), bahan zarah dan cahaya matahari,” kata Tayac.

Sebelum ini, amaran mengenai kehilangan lapisan ozon mula dibangkitkan pada 1980-an, yang disusuli dengan pelaksanaan Protokol Montreal 1989. 


Protokol tersebut merupakan perjanjian antarabangsa yang bertujuan melindungi lapisan atmosfera, dengan menghapuskan pengeluaran bahan kimia secara beransur-ansur. 

“Apabila Protokol Montreal pertama kali dilaksanakan, bahan kimia yang memusnahkan ozon dijangka dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus menjelang 1999. Matlamat ini kemudian disemak semula. 

“Pindaan London yang ditandatangani pada 1990, menetapkan sasaran baharu untuk mengharamkan semua gas penipisan ozon menjelang 2000. Walaupun terdapat pengurangan ketara, beberapa bahan ini masih digunakan dalam kuantiti yang kecil pada hari ini,” tambahnya.

Penipisan lapisan ozon berterusan dengan ketara sejak 2020. 

“Jumlah paras ozon semakin menurun menyebabkan kawasan yang terjejas semakin berkembang.

“Sehingga 9 September 2024, saiz lubang lapisan ozon mencapai ukuran lebih besar daripada 10 juta kilometer persegi,” tambah Tayac. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lipans 18-9-2024 11:17 AM
lubang ozon ni kena tengok bila dia ukur. bulan december-Jun, kecik je. Pertengahan bulan september, paling besar.
Quote airfilterkotor 18-9-2024 11:21 AM
Mesti berpunca dari neutrino detector ni. Pancar sinaran sana sini.

-ostad pakar serba tau.
Quote tungkai 18-9-2024 11:42 AM
Ni Kutub Selatan ye...Kutub Utara ozone layer improving
Quote miss_white 18-9-2024 02:59 PM
Percaya saintis syirik
Quote ultra78 18-9-2024 03:05 PM
Akibat signal 5G la ni..
Quote mejaputih 18-9-2024 04:18 PM
tungkai replied at 18-9-2024 11:42 AM
Ni Kutub Selatan ye...Kutub Utara ozone layer improving

Apa yg menyebabkan utara is getting better?
Quote B40tastePosh 18-9-2024 04:50 PM
Merepek saintis ni...mana ada manusia kat antartika

Quote airfilterkotor 18-9-2024 05:17 PM
mejaputih replied at 18-9-2024 04:18 PM
Apa yg menyebabkan utara is getting better?

Link:
Why has an “ozone hole” appeared over Antarctica when ozone-depleting substances are present throughout the stratosphere?

Suhu stratosphere.
Unless, kita lebih percaya kepada teori ostad serba tau.
Quote tungkai 18-9-2024 05:28 PM
mejaputih replied at 18-9-2024 04:18 PM
Apa yg menyebabkan utara is getting better?

Setakat yg iols tahu, mostly banyak negara signed Montreal Protocol utk phase out production & jugak penggunaan Ozone Depleting Substance (ODS) macam CFC yg guna kat peti ais, aircond, aerosol etc. On top of that, ada new amendment kat Montreal Protocol tu by adding Kigali Amendment in 2016 yg secara meluas phasing out in detail jenis2 hydroflurocarbon & clorofluorocabon based chemical dgn alternatif yg lain. Effort ni started since 1987. So almost 40 years, hasilnya seperti yg kita nampak sekarang. Provided takde lagi yg gatal guna secara haram lah...

Yg kat kutub selatan tu...ntahlah...mcm2 teori ada..

Quote mejaputih 19-9-2024 07:07 AM
Tenkiu2...tu la yg selatan masih lg membesar..mentang2 byk negara 3rd world country duk selatan (kecuali oz dan nz).
Quote ultra78 19-9-2024 07:44 AM
Isu ozon ni dah slow down dan dibayangi isu lebih besar,iaitu climate change.
Quote asmurai 19-9-2024 08:08 AM
Negara negara populasi tinggi dan semakin meningkat spt India, Indonesia, banyak kat sebelah selatan. Semakin bertambah populasi semakin bertambah pelepasan greenhouse gases dan semakin bertambah penggunaan sumber bumi sedangkan bilangan pokok untuk menyerap gas karbon dioksida semakin berkurang akibat semakin banyak pokok ditebang untuk membuat rumah rumah dan penempatan baharu akibat pertambahan populasi.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.030738 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top