CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perantau mula pulang ke KL, trafik sesak di Bentong

17-9-2024 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13543| Komen: 41


 

 
PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan tinggi di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ketika ini susulan perantau dan rakyat Malaysia mula pulang ke ibu negara setelah bercuti panjang.

Menerusi televisyen litar tertutup Lembaga Lebuh Raya (LLM), trafik sesak 12 kilometer ke plaza tol Bentong disebabkan pertambahan jumlah kenderaan.

Trafik juga dilaporkan perlahan dari plaza tol Bentong ke Lentang kira-kira 6 kilometer menuju Plaza Tol Gombak, arah ibu negara.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Plus Utara @ E1 juga dilaporkan tinggi susulan pertambahan kenderaan dan kemalangan di KM 426.4 arah Selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung.

Di Lebuh Raya Plus Selatan @ E2, aliran trafik dilihat terkawal meskipun terdapat pertambahan kenderaan di beberapa tempat di KM297.7 Bangi, di KM283.6 Nilai, di KM285.25 Nilai Utara dan di KM310.8 Sungai Besi.


Bagaimanapun, trafik dilihat perlahan serta sesak di KM216.9 Simpang Ampat dan di KM258.5 Port Dickson.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.

Lembaga Lebuh Raya (LLM) berkata, dapatan tersebut hasil daripada pemantauan pusat pengurusan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan jajaran Utara dan Selatan serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Menurutnya, berdasarkan rekod, bilangan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan mencatatkan sebanyak 2.2 juta kenderaan berbanding purata pada musim perayaan sebanyak 2.05 juta kenderaan dalam tempoh 24 jam.


Sumber : Hibglam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hujanrindu28 17-9-2024 12:55 PM
[em:12:]
Quote gigahertz 17-9-2024 07:29 PM
Takde sesiapa nak share EV expereince ke time jammed ni macam mana ?
Quote naina 18-9-2024 03:46 AM
Tak berbaloi sungguh aku rasa penat dan buang masa atas jalan raya kalau cuti sekadar 1-4 hari. Hari pertama cuti dah habis 1 hari atas jalan lepastu sampai rehat. Hari 3-4 otw balik KL pun jem jugak.. serik nya rasa. Cukuplah jem tahun lepas. Tahun ni xrasa jem lagi. Syukur aku memang elak. Aku rela la raya asing2 dengan laki kalau dia pilih nak balik Klate sehari selepas cuti sekolah. Minta mahap!!
Quote B40tastePosh 18-9-2024 03:53 AM
Harap generasi anak cucu dah tak buat tradisi macam ni ....semua dah beraya di bandar mereka dibesarkan tak macam generasi keluar kampung untuk ubah nasib keluarga.
Quote copy_paste 18-9-2024 08:25 AM
B40tastePosh replied at 18-9-2024 03:53 AM
Harap generasi anak cucu dah tak buat tradisi macam ni ....semua dah beraya di bandar mereka dibesar ...

mungkin 50% sbb akan ada yg pencen blk kg nk xnk anak2 kena juga hadap blk kampung dimasa akan dtg,

Quote isseliparjepun 18-9-2024 08:25 AM
I balik juga. Horrendous traffic sewaktu hari Sabtu arah selatan. Tapi arah utara hari Isnin, smooth walaupun banyak kenderaan. Lagipun for us, kalau jem teruk, kita berhenti KL ke, Nismilan ke, check in. Esok teruskan perjalanan. So taklah terasa letih walau jem.
Tapi I rasa enjoy jugaklah balik Isnin tu. Dapat balik kampung kejap pun dah syukur sangat jenguk mak ayah.
Quote copy_paste 18-9-2024 08:27 AM
naina replied at 18-9-2024 03:46 AM
Tak berbaloi sungguh aku rasa penat dan buang masa atas jalan raya kalau cuti sekadar 1-4 hari. Hari ...

itulah antara sebahagian kos hidup sebagai anak perantau,
aku nengok member asal mmg org KL syok je,xpayah hadap jem tiap tahun,kos selenggara kenderaan pun x byk
Quote Tinot7 18-9-2024 08:29 AM
Nampaknya nnt raya puntakleh buat mcm ni.. kena amik cuti balik kg after raya
Quote Minami2013 18-9-2024 08:30 AM
Bukan salah balik kampung tapi salah option pengangkutan. Kalau byk option pengangkutan awam yg efficient, murah dan selesa, ofkos la ramai malas drive.
Quote dekmieDandy 18-9-2024 09:03 AM
letih nak ulang alik bentong-KL sekarang

sepatut 45 minit je, sekarang kalau ahad je terus jadi 3 jam, belum public holiday lagi
Quote syamzana 18-9-2024 09:12 AM
mujur la iols dah settle blk kg+holiday awal bulan baru ni, harapnya raya nati pun takkan hadap jugak la.
jenuh weiii nak sampai rumah cramp urat body
Quote ibu_haritz 18-9-2024 09:35 AM
Hr Jumaat lps 2 jam nk smpi tol gombak dari Sg Buloh..sbb ada lori rosak..lps tu ok dah..blk Isnin br ni jem sekejap2 je lps tol Bentong..tak lah melekat...overall iols terlepas dari jem yg mcm sardin..
Quote hayrin86 18-9-2024 09:51 AM
naina replied at 18-9-2024 03:46 AM
Tak berbaloi sungguh aku rasa penat dan buang masa atas jalan raya kalau cuti sekadar 1-4 hari. Hari ...

Betul.. Kalau sekadar cuti umum Awal Muharram, Maulidur Rasul, Tahun Baru, Wesak dan Thaipusam serta Hari Pekerja mana berbaloi.. Membazir tambang dan minyak.

Quote B40tastePosh 18-9-2024 10:41 AM
Edited by B40tastePosh at 18-9-2024 10:49 AM
copy_paste replied at 18-9-2024 08:25 AM
mungkin 50% sbb akan ada yg pencen blk kg nk xnk anak2 kena juga hadap blk kampung dimasa akan dtg ...


Aku pun tengok anak2 orang bandar sekarang balik kampung sebab terpaksa sebab nak hormat parents diorang.

Aku pernah sembang dgn Pakcik orang Taman Saga, Ampang asal Lambor, dia dah jarang balik Lambor, Perak.

Kalau nak vibes kampung diorang sewa homestay

Homestay boleh cari makan time raya je
..kalau trend macam ni homestay pun bungkus.

Lagisatu aku tengok orang muda dah tak minat beli tanah pertanian, diorang minat beli properties dan instrumen investment yg lain.
ROI beli tanah pertanian tanaman sawit dan getah terlalu lama, caranya hanya tanam sayur atau buah utk dapat ROI cepat, tapi kos tinggi dan kena fulltime buat.
Quote B40tastePosh 18-9-2024 10:47 AM
gigahertz replied at 17-9-2024 07:29 PM
Takde sesiapa nak share EV expereince ke time jammed ni macam mana ?


EV kalau ada solar panel kat atas kereta okey la.

Kena tunggu EV betul2 established baru beli.

Quote 46BlueBerry 18-9-2024 11:28 AM
hayrin86 replied at 18-9-2024 09:51 AM
Betul.. Kalau sekadar cuti umum Awal Muharram, Maulidur Rasul, Tahun Baru, Wesak dan Thaipusam ser ...

i ada kolig yang segala jenis cuti umum, dia akan amek extra cuti, balik kampung kt pantai timo. gigih betol2 mengadap jem berejam.
Quote gigahertz 18-9-2024 02:04 PM
naina replied at 17-9-2024 07:46 PM
Tak berbaloi sungguh aku rasa penat dan buang masa atas jalan raya kalau cuti sekadar 1-4 hari. Hari ...

macam kakak i la . gi cuti ke penang.
dia mula gerak hari ahad kelmarin rabu cuti E.L
selasa dia dah balik ke rumah balik.
gi sana naik flight. i was like ....eh 24 jam nak gi mana je
dah la penang tu hujan @ ribut bagai.

anak dia tu jenis melekat dengan phone. i nak fitnah semua terperangkap dlm hotel
xde keluar gi mana  
Quote naina 18-9-2024 03:43 PM
copy_paste replied at 18-9-2024 08:27 AM
itulah antara sebahagian kos hidup sebagai anak perantau,
aku nengok member asal mmg org KL syok j ...

Itulah bangsa pantai timur..duit ada ke takda tolak tepi. Janji balik kg. Semangat nak balik tu kuat walaupun jem.
Quote copy_paste 19-9-2024 07:49 AM
B40tastePosh replied at 18-9-2024 10:41 AM
Aku pun tengok anak2 orang bandar sekarang balik kampung sebab terpaksa sebab nak hormat parents d ...

tanah pertanian utk anak muda duk kampung boleh la,
yg duk bandar ni apehal nk beli tanah pertanian kat kg,masa bila nak usahakan,xkan nak balik tiap minggu,
dulu parent aku pernah bg tanah pertanian utk diusahakan,blk kg tiap 2 minggu,
mmg la ada subsidi perjalanan tp penat komitmen 2 minggu sekali kena blk tu yg x larat,
mmg mandul aku selama usahakan pertanian tu huhu

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049193 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top