CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laut China Selatan laluan bebas, kehadiran kapal asing tak semestinya menceroboh - Khaled Nordin

13-9-2024 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31992| Komen: 15

 


SEOUL: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan tidak sepatutnya timbul sebarang isu apabila kapal asing melalui perairan Laut China Selatan.

Ini kerana, katanya tindakan itu tidak semestinya dianggap cuba menceroboh berikutan Laut China Selatan adalah laluan bebas.

Malah, beliau berkata dalam klausa perundangan sesebuah negara, tiada isu yang timbul sekiranya sesebuah kapal itu hanya melalui perairan ditetapkan dan tidak berhenti.

Bagaimanapun Mohamed Khaled memberi jaminan pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sebarang aktiviti yang berlaku di laluan perkapalan melalui pengawasan dari laut, darat dan juga udara.

"Secara kebiasaannya memang banyak kapal-kapal yang lalu dan kita tahu tujuan serta jenis kapal berkenaan berdasarkan sistem radar kita, melainkan kalau sesebuah kapal itu bukan kapal komersial atau kapal tentera.


"Sekiranya ada kapal mencurigakan, apabila kita tanya dia gagal berikan butiran untuk pengesahan maka kita akan hantar pasukan untuk periksa.

"Kalau kita rasa ada pencerobohan perairan, kita akan ambil tindakan selaras amalan antarabangsa iaitu menghantar nota bantahan selepas kita merasakan adanya pencerobohan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri persidangan Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024, di Seoul, hari ini.

 

Mohamed Khaled berkata, atas faktor laluan bebas, maka kapal dari mana-mana negara termasuk China dikesan di perairan berkenaan.

Namun, beliau berkata seandainya ada apa-apa di luar daripada sebarang situasi normal berlaku, maka kerajaan tidak akan teragak-agak untuk bertindak.

Laluan perairan di kawasan Laut China Selatan dan Selat Melaka banyak digunakan kapal komersial, kapal perdagangan dan kapal rondaan.

Sumber  - Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Isninselasarabu 13-9-2024 08:37 AM
Kote kene pegang di awek cine
Quote ctaz 13-9-2024 08:38 AM
hahahahahaha.....
Quote PULANGKAN 13-9-2024 11:44 AM
Isninselasarabu replied at 13-9-2024 08:37 AM
Kote kene pegang di awek cine

bongok la. nasib baik Iols tak minum lagi kopi ni, kalau tak menyembur
Quote mikasa 13-9-2024 11:49 AM
Bagi laa alasan lebih baik
Quote Skuau 13-9-2024 11:54 AM
tingat zaman dia jd menteri pengajian tinggi...negro buntingkan pelajar kolej swasta...
Quote L.U.S.M 13-9-2024 03:34 PM
Oh bodohnyeeee...hbs ceroboh tu bila buat cmne kaled oi
Quote Firenzza 13-9-2024 03:38 PM
Apa la punya bangang muntri ni.........cina dh dh bagi warning & kapal perang diorg ko berani ke suh ke tepi klau kapal komersial nk lalu?
Quote shernazz 13-9-2024 03:55 PM
PULANGKAN replied at 13-9-2024 11:44 AM
bongok la. nasib baik Iols tak minum lagi kopi ni, kalau tak menyembur

Kan..hampeh betul
Hahahaah
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2024 03:59 PM
Chinadoll tersenyum sinis
Quote tripleid 13-9-2024 04:05 PM
Quote airfilterkotor 14-9-2024 10:56 AM
Up.
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:23 PM
Elok letak jawatan jelah
Quote Decaffeinated 15-9-2024 07:37 AM
Kalau dah takde sangat jawapan pandai, jawab ja secara jujur.
Quote Belibis 15-9-2024 09:22 AM
Level menteri pun tak boleh beza antara 'lalu 'dengan 'mengawal'.
Quote TeropongThaico 15-9-2024 09:46 AM

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040904 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top