CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MA63: 11 tuntutan selesai, 7 di bawah kepimpinan PM Anwar

13-9-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31480| Komen: 4

 


KOTA KINABALU: Sebelas tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata tujuh daripada 11 tuntutan itu diselesaikan dalam tempoh dua tahun di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pencapaian itu menunjukkan komitmen jelas Perdana Menteri sekarang untuk menyelesaikan tuntutan berkaitan MA63 yang dikemukakan Sabah dan Sarawak.

"Di bawah PMX, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak diberi pengiktirafan sebagai Jabatan Teknik yang mana projek bernilai sehingga RM50 juta dikendalikan sendiri oleh JKR kedua-dua negeri.

"Begitu juga penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas, ia diputuskan di bawah kepemimpinan PMX," katanya pada sidang media Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri, di sini, hari ini.


Katanya, perkara lain yang selesai di bawah Anwar ialah pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 (Akta 533) bagi melantik wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN.

Seterusnya, Fadillah berkata, pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak juga diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

"Turut diselesaikan di bawah PMX ialah garis panduan khas penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak; serta penyerahan kuasa kawal selia elektrik dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sabah.

"Satu lagi ialah cadangan mengenai Pindaan Perkara 95B berkaitan ubah suai bagi Sabah dan Sarawak mengenai Pembahagian Perundangan, Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Fadillah berkata, ketika di bawah Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ada tiga perkara berkaitan tuntutan MA63 sudah diselesaikan.

Perkara terbabit, katanya ialah penyerahan kuasa ke atas pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada kerajaan Sabah, Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2)D dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan serta pemberian kuasa mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

Katanya, penyerahan kuasa kawal selia gas petroleum cecair (LPG) kepada kerajaan Sarawak adalah satu-satunya perkara diputuskan di bawah Perdana Menteri Kelapan, Datuk Seri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Fadillah menyifatkan mesyuarat MTPMA63 amat penting bagi membolehkan kerajaan merencana tindakan susulan yang pragmatik berhubung status tuntutan di bawah MA63 yang belum selesai dilaksanakan.

"Atas komitmen itu juga, kita memutuskan untuk menambah baik struktur platform perundingan antara ketiga-tiga peringkat kerajaan dengan memperkukuhkannya melalui pelantikan keahlian baharu dalam platform MTPMA63," katanya.


Sumber  - Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 13-9-2024 01:09 PM
power bangnon
Quote kasibiman 13-9-2024 05:44 PM
mintak - bagi.

mintak - bagi.

mintak - bagi.

mintak - bagi,

mintak - bagi.

mintak - bagi.
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:25 PM
terbaik bangnon
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 02:55 AM
Ermmm

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.045549 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top