CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thailand mengerahkan pasukan khas tentera, ribuan terjejas akibat banjir

13-9-2024 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30186| Komen: 7

 


BANGKOK: Thailand mengerahkan pasukan khas tentera di wilayah utara Chiang Rai bagi membantu pihak berkuasa menyelamatkan beribu mangsa dengan bot dan helikopter.

Ketika ini, sekurang-kurangnya 33 orang maut di seluruh Thailand sejak pertengahan Ogos akibat beberapa kejadian berkaitan hujan termasuk tanah runtuh, dengan sembilan kematian minggu ini di dua wilayah utara dilanda cuaca buruk yang dibawa oleh Taufan Yagi.

Taufan Yagi, ribut paling kuat melanda Asia tahun ini, membunuh sekurang-kurangnya 197 orang di Vietnam, di mana ia mendarat pada hari Sabtu dan membadai sebahagian ibu kota Hanoi.

Menurut ketua daerah Mai Sai, Narongpol Kid-an, di wilayah paling utara Thailand, Chiang Rai, air banjir mula surut dari beberapa kawasan di daerah Mai Sai yang dilanda teruk, tetapi banyak penempatan di tepi sungai masih dinaiki air.

"Kami bergegas membawa keluar orang yang terperangkap di dalam rumah mereka, tetapi masih terdapat ratusan orang yang perlu diselamatkan.


"Pihak berkuasa tempatan menggunakan bot dan helikopter, dengan sokongan pasukan khas SEAL Tentera Laut Thailand untuk menjalankan operasi," katanya.

Sementara itu, Tentera Laut Thailand berkata, ia mengerahkan sembilan bot untuk menghantar lebih 1,000 pakej bantuan di Chiang Rai yang teruk dilanda banjir.

Ketua Pejabat Pencegahan dan Mitigasi Bencana Chiang Rai, Kornchit Chomphudeng, berkata daripada 10 penerbangan yang dijadualkan masuk dan keluar dari lapangan terbang Chiang Rai hari ini, sembilan sudah dibatalkan.

"Lapangan terbang tidak dinaiki air tetapi air yang semakin meningkat menyebabkan jalan raya tidak dapat dilalui," katanya.

Selain itu, wilayah pergunungan yang dibelah dua oleh Sungai Kok, Chiang Rai adalah antara satu daripada lima wilayah utara Thai yang dilanda banjir teruk bulan lalu.

Pihak berkuasa merancang untuk bergantung kepada helikopter Tentera Udara Thailand untuk menghantar makanan dan air kepada kira-kira 3,000 orang yang terkandas di kawasan Empangan Ban Kwai Wua di Chiang Rai.

Manakala 200 orang lagi terperangkap di sebuah sekolah, menunggu untuk dipindahkan ke pusat penyelamat. Pejabat Sumber Air Negara Thailand mengeluarkan amaran kepada 36 wilayah, termasuk ibu kota Bangkok bagi potensi banjir kilat akibat hujan lebat. - REUTERS

Sumber  - Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 13-9-2024 08:53 AM
adakah cuaca buruk ni akan turun ke semenanjung
lately ni dlm panas2 tu sekali sekala hujan lebat jugak


Quote PULANGKAN 13-9-2024 11:47 AM
supernaturalee replied at 13-9-2024 08:53 AM
adakah cuaca buruk ni akan turun ke semenanjung
lately ni dlm panas2 tu sekali sekala hujan lebat ju ...

dah bulan 9 ni. biasanya kita dah start banjir, bulan 11 tu macam klimaks musim banjir Malaysia

dah boleh get ready empangan keliling rumah ke, hilux or 4wd lain ke, abang sampan 2.0 ke, motoboat ke, kru one piece ke
Quote Kitty_catz 13-9-2024 01:57 PM
fuiyoooo naseb tak book trip to chiang mai sbb MAS ada direct flight beginning 15 Aug ritu
Quote snowflakes 13-9-2024 01:58 PM
Dah banjir ke depa? Malaysia kena get ready la
Quote Neno90 13-9-2024 02:07 PM
Kita pun kena siap sedia.
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:26 PM
Pantai timur get ready la ek. Kesian
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 02:41 AM
Moga Cepat baik. Kesian

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.116569 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top