CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UiTM medan cungkil cerdik pandai Melayu – Dr. Mahathir

13-9-2024 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27148| Komen: 7

 


PUTRAJAYA – Penubuhan Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilihat berhasil kerana ia medan mencungkil Melayu cerdik pandai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan mewujudkan ITM suatu ketika dahulu memang berhasil apabila graduan dilahirkan tidak kurang hebat berbanding universiti lain.

“Kita yakin kalau diberi peluang dan mereka berusaha maka, mereka boleh berjaya seperti orang lain. Sebab itu apabila ada gerakan nak minta ITM jadi sebuah universiti, saya setuju umumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Nostalgia 25 tahun Pengisytiharan ITM kepada UiTM di sini, hari ini.

Katanya, ketika di bawah pemerintahan British, bangsa Melayu dilihat lemah dari segi pendidikan, namun penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA) mengubah segalanya.


Dr. Mahathir berkata, penubuhan RIDA yang kemudiannya ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) mencetus kepada penubuhan ITM dan UiTM kini.

“Ya, saya amat gembira kerana UiTM kini menjadi universiti terbesar sekali di Malaysia,” katanya.

Ditanya apa pesanannya kepada graduan dan penuntut UiTM ketika ini, Dr. Mahathir berkata, beliau berharap orang Melayu khususnya dapat menggunakan peluang belajar di UiTM ini sebaiknya.

Pada 26 Ogos 1999, Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri ketika itu mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pada 26 Ogos lalu, genap 25 tahun transformasi nama dari ITM kepada UiTM. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 13-9-2024 09:01 AM
alumni UiTM masuk2


Quote cutieslilies 13-9-2024 09:42 AM
Quote ipanimanz1 13-9-2024 09:46 AM
byk je lepasan itm yg lupa diri. p mngaji luaq negara, balik teruih jd x sedaq depa mengaji pun hrap subsidi, biasiswa. terpaling woke
Quote nirman 13-9-2024 11:05 AM
Back in 2010s when I was practicing law in Malaysia, most of the prestigious law firms tak suka budak UITM, tak boleh draft a simple letter of demand pun. Tak tau la if things have changed now.
Quote misszazaz 13-9-2024 12:44 PM
alhamdulillah
Quote Zezo 13-9-2024 12:52 PM
nirman replied at 13-9-2024 11:05 AM
Back in 2010s when I was practicing law in Malaysia, most of the prestigious law firms tak suka buda ...

Haha. Byk kaki copy paste kerja org kot. Tu yg draft mail pun tak reti.
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:30 PM
Uitm dihatiku. Gitu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.161973 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top