CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak sampai hati tengok kasut murid berlubang, cikgu Aina belikan kasut baharu

13-9-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27237| Komen: 30

 


PETALING JAYA – ‘Sebenarnya bukan murid itu yang diuji, tapi saya yang diuji untuk tengok sahaja atau berbuat sesuatu’.

Itulah kata-kata seorang guru yang mencuri perhatian warga media sosial kerana sanggup membelikan sepasang kasut buat murid lelakinya.

Menerusi akaun TikTok @ainaanasss, kasut murid lelaki berkenaan kelihatan sudah lama dan rosak sehingga berlubang di bahagian tapak dan depan.


Murid tersebut turut menjelaskan jika keadaan cuaca hujan, pasti kasutnya akan dimasuki air di bahagian bawah sekali gus mengundang rasa sedih kepada guru berkenaan.

Guru itu kemudiannya membuat kejutan dengan membelikan dua pasang kasut yang berlainan saiz kerana tidak pasti ukuran kaki murid tersebut.


Usai mencuba, murid tersebut kedengaran sungguh gembira daripada suaranya meskipun wajahnya tidak dirakam di dalam video tersebut.

“Terima kasih Cikgu Aina, sayang cikgu,” kata murid tersebut.

Cikgu tersebut di ruangan komennya turut berkata, tiada lain yang diharapkan selain melihat murid-muridnya datang ke sekolah untuk belajar tanpa mengemukakan sebarang alasan.

“Anak-anak sekarang banyak alasan nak belajar sebab faktor-faktor macam ni. Jadi kita usaha sebaik mungkin biar mereka tak rasa susah nak datang sekolah dan belajar,” katanya.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 404,600 tontonan, 27,500 tanda suka dan 864 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang berterima kasih kepada cikgu tersebut kerana menunjukkan contoh yang baik dalam menyantuni murid yang kurang berkemampuan.

“Terima kasih cikgu, setiap langkah dia berjalan dengan kasut baru tu, mengalir pahala cikgu,” komen Lin.

“Terima kasih cikgu, semoga dimurahkan rezeki cikgu selalu. Saya percaya anak murid tu nanti akan kenang jasa cikgu selamanya. Sebak saya tengik video ni,” komen Azlieyza.

“Mesti ibu dan ayahnya juga terharu. Mana ada ibu bapa yang tak mahu beri kesempurnaan hidup untuk anak-anak. Tapi rezeki kan tak sama. Alhamdulillah terima kasih cikgu,” komen Mama Su pula.

Sumber  – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 13-9-2024 08:20 AM
Eish nasib baik laa aii alert dgn kasut ank..bukan xdak beli kasut extra abk mm selesa pakai kasut tu sampai lunyai laa dia pelasak..tuu pun jenuh pujuk tukaq kasut baru baru dia nak pakai..sekolah ank aii laluan gajah menyusur tuu murid2 slu test power kasut sapa terpaling break time slide
Quote orkid_amani 13-9-2024 08:21 AM
Eish nasib baik laa aii alert dgn kasut ank..bukan xdak beli kasut extra abk mm selesa pakai kasut tu sampai lunyai laa dia pelasak..tuu pun jenuh pujuk tukaq kasut baru baru dia nak pakai..sekolah ank aii laluan gajah menyusur tuu murid2 slu test power kasut sapa terpaling break time slide
Quote Belibis 13-9-2024 08:51 AM
Kenapa kaki yang kasut buruk nampak kecil berbanding kasut baru.
Quote mikasa 13-9-2024 08:56 AM
Kasut anak aku dah koyak rabak..dah boleh nampak ibu jari kaki. Bukan tak mampu tapi tunggu lepas cuti sekolah baru nak beli . Anak jenis suka bersukan..6 bulan dah koyak
Quote supernaturalee 13-9-2024 08:59 AM
mikasa replied at 13-9-2024 08:56 AM
Kasut anak aku dah koyak rabak..dah boleh nampak ibu jari kaki. Bukan tak mampu tapi tunggu lepas cu ...

jejaga uols
satg mau cikgu die buat konten beli kasut baru kt ank cuol
katanya..nk tgk saja atau nk berbuat sesuatu

Quote Binodino 13-9-2024 09:42 AM
Emangnya wajib rakam & post kat medsos ke? Motif? Lapar pujian? Nak bagi ruang orang mengata parents budak tu sebagai tak cakna kebajikan anak ke macam mana ni?

Ginilah. Cikgu2 yang lapar pujian macam ni, sila mengajar di sekolah2 pedalaman. Lepas tu buat la konten banyak2 belikan students itu ini. Post kat medsos tau, letak #fyp. Mana tau nanti boleh naik pangkat ke apa.

Call me bitter. Aku memang takleh brain content macam ni. Kau nak tolong, tolong diam2 boleh tak? Perlu ke nak up kat medsos? Untuk apa? Kenangan? Kenangan my S la
Quote Samerosie 13-9-2024 09:56 AM
Mcm kasut tak pernah ganti 2 tahun.  size pun dah kecil dr size kaki.  tapi heran stokin elok pula ye.  ke saja konten?
Quote felinecat 13-9-2024 11:22 AM
Ape tugas bapak budak ni.kasur sekarg yg murah2 ade
Quote ezacbee 13-9-2024 11:25 AM
Cikgu pun tangan berjahit.

Quote lililen 13-9-2024 11:43 AM
Ustad dulu2 ajar, tgn kanan sedekah, tgn kiri tak tahu. Skrg, tgn kanan sedekah, tgn kiri pegang hp rekod video.
Quote PULANGKAN 13-9-2024 11:55 AM
Iols dah tua, tapi sampai sekarang Iols teringat cikgu darjah 1 Iols
nama sheols pun Iols dah lupa, ingat muka dengan suara je

nak beli fail tak cukup duit. fail harga 60 sen. duit belanja Iols kadang 30-50 sen je. lepas tu cikgu bayarkan. cikgu teman Iols pegi koperasi sekolah, ajar cara nak beli barang kat koperasi sekolah.

cikgu, dah berdekad-dekad-dekad-dekad lamanya, walaupun 60 sen. Iols doakan yang terbaik untuk cikgu, 60 kali ganda
Quote Skuau 13-9-2024 12:17 PM
Ank chazey ngn zehra memang cikgu selalu belikan pon...tak caya mesti ank depa kata..."dah mak kita cikgu"....
Quote azimie 13-9-2024 01:04 PM
kasut @ beg sek skg mmg xtahan lama ..
beli yg mahal pon sama petah yg murah..
ank² aku setahun smpai 2,3 kali kena beli baru ..
Quote makita 13-9-2024 01:46 PM
Sekolah ank meols ajk PIBG mmg kuat dari segi usaha wpon kutipan sumbangan 23% je yg byr. Yg jga lalulintas mak pak buat (bantu guard). Yg sambut anak2 kat gate pon mak pak gak. Lepas tu pandai cari sponsor utk kasut n bag setiap tahun. Ada tu Sime Darby sponsor bag.
Mcm gubesar meols rajin lah cari sponsor di kalangan kenalan dia. Gubesar meols India. Dia janji akan cuba cari dana RM70k utk upgrade surau sblom dia pencen. Campur kutipan derma dikalangan mak pak akhir nya siap surau.

Moga cikgu2 yg buat kebajikan extra utk kanak2 ni semua Allah balas dgn kebaikan tanpa henti.
Quote Neno90 13-9-2024 02:19 PM
Terima kasih cikgu
Quote menjad 13-9-2024 02:26 PM
Beli kan kasut pun update kat TT... Diam2 sudah lahhhh cikgu
Quote mdhelmi 13-9-2024 04:47 PM
mmg lelaki suka pakai benda2 yg berlubang
lagi2 sotong kering
Quote whimsicalmusic 13-9-2024 05:48 PM
Binodino: Emangnya wajib rakam & post ka ...
uolls xbitter sbb iolls pn pikir bnda sama. asal nk tlg je nk up kt socmed. xpaham
Quote whimsicalmusic 13-9-2024 05:50 PM
orkid_amani replied at 13-9-2024 08:21 AM
Eish nasib baik laa aii alert dgn kasut ank..bukan xdak beli kasut extra abk mm selesa pakai kasut t ...

betul tu. anak iolls smpai cikgu tegur kasut sukan die blubang. esok tu trus iolls beli kasut br. padahal da bbulan tnya anak nk kasut mana, die yg mls nk ikut g shopping kasut. buat malu iolls je dpn cikgu hahaha

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.041588 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top