CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kami Berdoa Kepada Allah SWT Agar Fitnah & Tohmahan Ini Dapat Dinoktahkan” – GISBH Nafi Ekploitasi Kanak-Kanak

12-9-2024 07:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34582| Komen: 24

 


Syarikat GISB Holdings menafikan tuduhan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja dan menegaskan ia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang.

"Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara. Kami bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini."

 

Kenyataan itu dikeluarkan GISBH selepas pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia satu hingga 17 tahun dan dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan .


"Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISB Holdings Sdn Bhd. Kami berdoa kepada Allah SWT agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan, mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling membantu."

Loading FB Post...

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebentar tadi mendedahkan terdapat bukti yang mengaitkan syarikat ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) dengan kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Sumber : Beautifulnara



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote luvly_snow8608 12-9-2024 08:08 PM
Benci la dunia akhir zaman. Ramai nau tunggang agama demi kelangsungan idop. Dah la iols pernah makan kat restaurant ikhwan & nur KL di paris & frankfurt. Mampos la air cagu kaki, rambot kelumumur iols dah telan
Quote Queenmastani 12-9-2024 10:16 PM
luvly_snow8608 replied at 12-9-2024 08:08 PM
Benci la dunia akhir zaman. Ramai nau tunggang agama demi kelangsungan idop. Dah la iols pernah maka ...

Ehh sama la aku pnh mkn kt nur paris..aku harap air kaki dia tk sampai kt paris kot ehh..hanaattttt betoi la nasirudin
Quote kemaruk 12-9-2024 10:24 PM
"Kenyataan itu dikeluarkan GISBH selepas pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia satu hingga 17 tahun dan dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan ."

Budak umur setahun tu buat kerja ape ye? Yang pasyi bukannya jaga akaun
Quote honam 12-9-2024 10:41 PM
Queenmastani replied at 12-9-2024 10:16 PM
Ehh sama la aku pnh mkn kt nur paris..aku harap air kaki dia tk sampai kt paris kot ehh..hanaatttt ...

Waktu makan tu ada rasa masin masin tak?
Quote Mamidingdong 12-9-2024 11:39 PM
Awal tahun ni i ada pu makan kat nur paris tu, order sup ayam dgn telur dadar utk anak i, i pulak order la cekodok pisang. Tkejut i sup ayam yg sampai entah mana sup dia, dah serupa gulai.. rasa mcm nak je pi dapur ajar tukang masak dia buat sup ayam. Cekodok pisang pulak mak aihhh sejam setengah menunggu,  datang sorang budak dalam umur 12-13 tahun mcm tu bawak pisang. I gelak je masa tu, dah la cekodok yg sampai tu keras gilerrr. Tp memang perasan pekerja dia semua muda2 belaka
Quote dua_chzy 12-9-2024 11:46 PM
Sapa la nak ngaku.

Dari dulu lagik Arkam ni sus.
Quote manop 12-9-2024 11:55 PM
tering kes ebit dulu..bermati-matian pentaksub backup...
Quote dua_chzy 13-9-2024 01:33 AM
Baru aku tau Arkam panggil Abuya tu Rasulullah Abuya.
Quote clueless_gamer 13-9-2024 04:34 AM
alang tu kan.. siasat semua rumah anak yatim dan tahfiz swasta tu juga ye, ramai yg makan duit anak yatim.. dosa besar tu.. buat diorang ni jadi sumber pendapatan.. ada yg dulu naik moto je skrg dah ada vellfire
Quote Queenmastani 13-9-2024 10:57 AM
honam replied at 12-9-2024 10:41 PM
Waktu makan tu ada rasa masin masin tak?

Iolsss rasa mcm menjilat jari sgt
Quote Queenmastani 13-9-2024 11:00 AM
Mamidingdong replied at 12-9-2024 11:39 PM
Awal tahun ni i ada pu makan kat nur paris tu, order sup ayam dgn telur dadar utk anak i, i pulak or ...

I pg paris around jan tp pekerja dia tkde la muda sgt..badan debab2 mcm bapak org tp dia bukan malaysian
Quote jas7512 13-9-2024 11:13 AM
Ni bekas grp arqam ke
Quote BungaKencana 13-9-2024 12:20 PM


Doa yg dorang amalkan
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2024 03:04 PM
Rosulullah Saiyidi Abuya tu yang tak menahan tu

[youtube]X1UAdAtJiYI[/youtube]
Quote airfilterkotor 13-9-2024 03:13 PM
Ada yang tanya dalam X.

Abuya PBT tu apa? Abuya Pihak Berkuasa Tempatan?
Quote ultra78 13-9-2024 06:52 PM
PBT - Putera Bani Tamim


Ajaran Abuya masih hidup walaupun sudah bertukar nama.
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2024 06:55 PM
ultra78 replied at 13-9-2024 06:52 PM
PBT - Putera Bani Tamim



Sudah tukar ka sekarang?
Quote Zezo 13-9-2024 06:58 PM
Org mcm ni, kena tangkap gari je. Setel.
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2024 07:03 PM
Solat Jumaat yang wajib pun boleh Insya-Allah ke hulu Insya-Allah ke hilir

[youtube]vlj_Gz5o300[/youtube]

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.142072 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top