CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu Buat Arwah Ibu - "Masa Mak Saya Masih Hidup Saya Tak Bagi Bantuan Yang Sebaiknya"

12-9-2024 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21041| Komen: 8

 


Pelawak terkenal Ilya Buang atau lebih mesra disapa Pak Ya tidak dapat menahan sebak ketika bercerita mengenai arwah ibunya tercinta menerusi satu podcast.

Menerusi podcast tersebut, Pak Ya berkata dia rasa kesal kerana ketika ibunya masih hidup dia tidak berkesempatan untuk memberi bantuan yang sebaiknya.

Menurutnya lagi, dia cuba menebus kesilapannya itu dengan cara menitipkan bacaan ayat suci al-Quran buat arwah ibunya.

“Saya rasa menyesal sebab masa mak saya ada (masih hidup) saya tak bagi bantuan yang sebaiknya. Itulah yang saya buat sekarang ini iaitu setiap minggu pasti saya akan habiskan satu juzuk al-Quran untuk mak saya,” katanya.

Sementara itu, Pak Ya berharap anak-anaknya juga melakukan perkara sama jika dia sudah tiada suatu hari nanti.

“Pada saya, itu adalah khidmat terakhir kita untuk mak dan anak-anak saya pun perlu buat perkara sama yang saya buat ini.


“Bukan untuk saya, tapi untuk diri mereka sendiri. Kalau kita selamatkan mak ayah kita di kubur, insya-Allah kita juga akan selamat di dalam kubur kita nanti,” katanya.



Sumber - Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote surihatilara 14-9-2024 09:51 AM
Alhamdulillah. Goal sgt.
Quote ReginaGeorge 14-9-2024 01:45 PM
Masa muda buat apa pakya?
Quote sleepandream 14-9-2024 03:32 PM
peringatan utk diri iols juaaaa
Quote Atata 14-9-2024 04:02 PM
Ini lah anak yang berbakti dalam maksud sebenar. Semoga Allah terima amalannya
Quote hujanrindu28 15-9-2024 02:20 AM
MashaAllah
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:03 AM
Hebat
Quote kaedahnya 16-9-2024 09:31 PM
memang common goals para anak anak kan, happykan parents, banggakan parents selagi parents ada, cuma kengkadang niat tinggal niat sebab execution lemah.
Quote Supersirap 17-9-2024 08:24 AM
Semoga kita dapat mengambil iktibar dan juga pengajaran daripada peristiwa ini

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.148914 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top