CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa selepas bertahun tidak berjumpa

11-9-2024 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 60362| Komen: 412

 


Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof kembali ke pangkuan kedua  ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. 

Detik manis itu dikongsikan Patimah Ismail menerusi Insta Story, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamsul yang memakai jaket hitam dan berseluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.




Dalam hantaran berbeza, Patimah turut merangkul erat tangan Syamsul sambil menguntum senyuman manis.

Turut kelihatan dalam foto itu adalah bekas isteri Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Yusof.

Syamsul pula mendukung anak perempuannya, Sumayyah. 

Sebelum ini, Patimah memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya menjadi kenyataan.

Syamsul dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.

Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Bagaimanapun Syamsul dan Ira bercerai pada 5 September lalu.  

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-9-2024 12:01 AM
Syukur Alhamdulillah.

Quote becir 12-9-2024 12:04 AM
Sib baik la anak jantan. Buat perangai camne pun tetapla parents sambut tangan terbuka
Quote edayildiz 12-9-2024 12:22 AM
wahhh lps cerai birah terus berani balik rumah
ok la tu..muda oulak nmpk ps kt situ..awat dia ajak ps teman ke
jgn tinmah nk satukan dorg balik pulek
Quote makciktijah 12-9-2024 12:22 AM
Alhamdulillah.

Sedih kalau tgk ayah dia ulas pasal si sol ni. syukurlah dah balik jumpa mak ayah.
Quote kuchenta_81 12-9-2024 12:23 AM
Betul ke ni? Ke gambar lama?
Terpisat2 i ni tengok 2,3 kali.
Quote edoraixora 12-9-2024 12:30 AM
Pic macam zaman tok adam, zaman pakai kodak
Nak kabo gamba lama kang, si sumayyah dah besor
Quote silampumeja 12-9-2024 12:32 AM
Tuhan punya aturan. Siapalah sgka kan. Doa maka ayah dan yg teraniaya. Baguslah.
Quote jambatannetizen 12-9-2024 12:34 AM
Kalau IK itu mengandung, habislah. Hm. But i hope tak kot?
Quote mrsLucky 12-9-2024 12:38 AM
Syukurlah...i tumpang happy...walaupon anak2 kadang2 lupa diri, ignore parents sebab personal problem..tapi percaya lah disetiap doa ibubapa adalah, agar anak sihat dan bahagia...
Quote karipap_sadin 12-9-2024 12:39 AM
jambatannetizen replied at 12-9-2024 12:34 AM
Kalau IK itu mengandung, habislah. Hm. But i hope tak kot?

hopefully x lah kan. Kalau iolls jd datin..iolls klau blh x ingin nak ada cucu dr keturunan degawan
Quote kuchenta_81 12-9-2024 12:41 AM
Tapi pic Dato YH sebelum2 ni kan ada misai sejemput tu. I masih tak purcayaaa hehe
Quote DeLuna85 12-9-2024 12:42 AM
Weh sekejap sangat birah kena cerai.
Quote Moyangkucing 12-9-2024 12:43 AM
Muda hensem tok sop dlm gambar ni...
Quote Barebow77 12-9-2024 12:45 AM
kuchenta_81 replied at 12-9-2024 12:41 AM
Tapi pic Dato YH sebelum2 ni kan ada misai sejemput tu. I masih tak purcayaaa hehe

Berkemas rapi maybe nak sambut kepulangan anaknyang dinanti..apapun kita tunggu kot ada acik por yang boleh kasi clear this gambar..
Quote MissSitiPotpet 12-9-2024 12:52 AM
Berapa kali aku tenyeh mata,,mcm tak percaya plk.tp mata lebih tertarik tok Usup ni,,,tua2 pun hensem lg oi
Quote jambatannetizen 12-9-2024 01:04 AM
karipap_sadin replied at 12-9-2024 12:39 AM
hopefully x lah kan. Kalau iolls jd datin..iolls klau blh x ingin nak ada cucu dr keturunan degawa ...

Kalau i jadi datin, i pun takmau ada cucu2 keturunan mcm tu. Tapi kalau ngandung itu. Habislah, terikat sampai bila2.
Quote jambatannetizen 12-9-2024 01:05 AM
MissSitiPotpet replied at 12-9-2024 12:52 AM
Berapa kali aku tenyeh mata,,mcm tak percaya plk.tp mata lebih tertarik tok Usup ni,,,tua2 pun hense ...

Tok usop nampak segak walau dah 70an. Behar yang 50an pun nampak tua kedut dah.
Quote jalfa 12-9-2024 01:06 AM
Hensemnua soul ngan toksop....haha...baka boek ni..rugi IK tadak anak...x leh baiki keturunan
Quote babyleo68 12-9-2024 01:47 AM
Alhamdulillah, semoga baik2 saje untuk family diorang

Lihat semua komen(412)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.116677 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top