CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM seru rakyat imbang waktu bekerja, bersenam - “Sempena bulan Malaysia Sihat, ayuh bersama tingkatkan kesedaran kesihatan"

12-9-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20728| Komen: 19

 


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia supaya berusaha mengimbangi waktu kerja dan masa beraktiviti riadah serta bersenam.

Beliau dalam satu hantaran berkata, langkah itu supaya rakyat negara ini lebih sihat dan sejahtera.

“Sempena bulan Malaysia Sihat, ayuh bersama tingkatkan kesedaran kesihatan dan mesti cakna mengenai kesihatan.

“Terutama keburukan pengambilan gula secara berlebihan, termasuk makanan yang diproses dan yang mempunyai kandungan gula tambahan yang berlebihan,” katanya di sini tadi.

Dalam hantaran itu, Anwar turut berkongsi beberapa gambar ketika beliau bersenam di sekitar kawasan perumahannya.

Baru-baru ini, Anwar memaklumkan hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi.


Justeru itu, Anwar turut menasihatkan golongan peniaga supaya memainkan peranan aktif, dalam menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula dengan mengambil kira kesihatan pelanggan apabila menyediakan makanan dan minuman.

Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapeka 12-9-2024 08:19 AM
Tak sempat derr
Balik keja kena hadap jem melampau
Sampai rumah dah magbrib
Cuba jalan tak jem sengah jam sampai rumah
Cerah lagi dan la nak riadah pon
Quote batmana 12-9-2024 08:34 AM
Itulah, menteri sembang mcm rakyat balik kerja ada polis iring bagai
Quote Tinot7 12-9-2024 09:27 AM
Tingat smlm bas pdrm ada puhlis iring.. keta sumer kena ke tepi..
Quote Kurex 12-9-2024 10:26 AM
suka la tu nuar diapit anak ikan fit
Quote pooh~key 12-9-2024 12:55 PM
Kurex replied at 12-9-2024 10:26 AM
suka la tu nuar diapit anak ikan fit

Dan anak hekan itteww jua tenung dengan penuh berahi sissy.
Quote Kurex 12-9-2024 01:59 PM
pooh~key replied at 12-9-2024 12:55 PM
Dan anak hekan itteww jua tenung dengan penuh berahi sissy.

dengarnya nuar ni top.. napsu masih kuat
Quote B40tastePosh 12-9-2024 02:00 PM
Acik bekerja sambil bersenam sebab acik kerja kampung.
Quote fly_in_d_sky 12-9-2024 02:54 PM
tak sempat nak workout .. keluar pagi sampai rumah depend pada komuter ..
kalau komuter delay .. 9pm sampai rumah .. komuter tak delay 8pm or 815pm sampai rumah
nak makan mandi solat bagai ... tadaaaaaa terus krohhhhh
badan dah letih ...
ahad hari ngemas rumah ...
Quote rospinki 12-9-2024 03:08 PM
dah lama buat skrg off 2 mggu dah kasut jog tertinggal dlm keta kt woksop (excuse) ada kasut lagi satu sayang nk pakai pastu kejap2 demam mcm kena sampok seram sejuk passtu tiba2 baik sakit apakah?  entah ada org htr mak esah? ni nak start balik lemau jek

iols pagi2 jah jog lepas htr anak terus gi padang pusing 3kali 4 kali semenggu kalu iols buat 4 round 3x sminggu masa jadi lama smpi ofc lambat. gitu saja buat luahan
Quote bebulu 12-9-2024 04:12 PM
Aku eksesais pakai niat ja.
Ntahla. Niat nak bersenam tu memang sentiasa ada. Tapi lepas balik kerja badan rasa letih yakmat. Pastu rasa bahang cuaca panas lagi rasa tak daya nak bersenam. Tido awal pun bila bangun tak rasa segar. Rasa letih. Ada forumer yang boleh share tips kesihatan. Nak bagi bertenaga
Quote kemaruk 12-9-2024 04:28 PM
Mentang2 lutut najib tengah sakit.. ko nganjing yer
Quote Skuau 12-9-2024 04:29 PM
"Saiya kija 12 jam...1jam pigi..1 jam balik....apa eksesais"???-Abangla
Quote misszazaz 12-9-2024 04:41 PM
elok la tu boleh jaga kesihatan
Quote iraizz 12-9-2024 05:48 PM
Jambu jgak abam utk tu, hati2 abam utk...
Quote ninja boy 12-9-2024 07:21 PM
Untunglah bangla kerja jalan kaki 10 langkah dah sampai tempat kerja tghr boleh masak dan tidur, balik kerja jam 6 langkah 10 dah sampai, air api tempt tinggal ditanggung majikan
Quote emma.giggs 12-9-2024 08:18 PM
Bagi la kemudahan wfh 2 hari seminggu utk penjawat awam, dapat la kami beriadah 10 ribu langkah di mid valley kikikikiki
Quote otai_g 12-9-2024 08:21 PM
Event running skrg mahal2. Stock2 organizer buat duit. Wang besar, wang besar
Quote mejaputih 12-9-2024 08:44 PM
emma.giggs replied at 12-9-2024 08:18 PM
Bagi la kemudahan wfh 2 hari seminggu utk penjawat awam, dapat la kami beriadah 10 ribu langkah di m ...

midvalley jauh...ioi city mall dekat sikit...hihi
Quote mejaputih 12-9-2024 08:45 PM
otai_g replied at 12-9-2024 08:21 PM
Event running skrg mahal2. Stock2 organizer buat duit. Wang besar, wang besar

betul mahal sgt skrg ni. dulu2 affordable lg nk join satu family.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060836 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top