PETALING JAYA – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menyokong usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mewajibkan sijil halal kepada semua restoran yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol. Bagaimanapun kata presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, perkara itu perlu kajian yang lebih mendalam serta menyeluruh kerana dikhuatiri ia akan menjadi masalah kepada pengusaha restoran yang tidak mempunyai modal yang besar. Malah katanya, hampir keseluruhan restoran peniaga Melayu di Malaysia menyajikan makanan halal tetapi majoriti daripada mereka belum memiliki sijil halal. “Presma mencadangkan supaya sesi libat urus terutama bersama peniaga kecil bumiputera perlu diadakan terlebih dahulu untuk kita memahami cabaran yang dihadapi peniaga dari sudut kekangan kewangan susulan kos yang tinggi untuk proses permohonan dan pematuhan pensijilan halal.
“Ia termasuklah aliran proses yang melalui syarat yang ketat. Sebagai peniaga kecil, semestinya golongan ini mempunyai sumber yang terhad untuk mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mendapatkan kelulusan pensijilan,”katanya dalam satu kenyataan. Mengulas lanjut, Jawahar Ali berkata, tiada pengusaha restoran yang menyediakan makanan halal dengan sengaja tidak mahu melakukan permohonan pensijilan halal kerana pengesahan status halal oleh Jakim pastinya memberikan keyakinan kepada seluruh pelanggan mereka. Namun katanya, pertimbangan melaksanakan sesuatu dasar yang inklusif perlulah mengambil kira persediaan ekosistem yang tidak membebankan para peniaga yang mengendalikan perniagaan dalam skala yang kecil. Pada masa masa, beliau berharap agar tiada pihak yang cuba untuk menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan mempolitikkan isu ini untuk melaga-lagakan rakyat melalui permainan sentimen bangsa dan agama. Sumber -KOSMO! ONLINE |
lightheaded67 replied at 12-9-2024 07:41 AM
mcm kompius je knp isu ni jd ober. mula mula hritu org kepoh halal joni blek kenyon apekelagi yg jak ...
Apoo replied at 12-9-2024 07:57 AM
Undang2 tu mmg utk semua. Bukan hanya utk kedai makan yg besar2 sahaja. Sbb tu ahso DAP tu bantah ...
Ai_kiu replied at 12-9-2024 08:02 AM
Pilihan di tangan kita sebagai pembeli muslim.
Nak dengan taknak aje.
Operator/pekedai non muslim ...
lightheaded67 replied at 12-9-2024 08:04 AM
kan. tak rasa nk masok takyah masok, cuma kalau ade halal jakim, plus point
lightheaded67 replied at 12-9-2024 08:02 AM
ooooyeke. makna ade peniaga kecik yg dh kena saman ke kalau takde halal jakim? aiol tak perasan pu ...
Ai_kiu replied at 12-9-2024 08:22 AM
Ntah nya.. suka buat susah
Padahal duduk dlm negara Islam punya bersepah kedai muslim owner ...
aechae replied at 12-9-2024 08:43 AM
Sbb slalu akan sangkut kt requirement ni je…bkn sbb xnk proceed tp x boleh proceed langsung.
...
lightheaded67 replied at 12-9-2024 08:48 AM
so kalau joni, yg no 3 a tu la kan??
aechae replied at 12-9-2024 09:09 AM
Yup..yg ada franchise ni dlm kategori no.3 tu lah.
Klu cafe2 hipster , kedai tomyam biasa tu no.2. ...
aechae replied at 12-9-2024 09:09 AM
Yup..yg ada franchise ni dlm kategori no.3 tu lah.
Klu cafe2 hipster , kedai tomyam biasa tu no.2. ...
“Presma mencadangkan supaya sesi libat urus terutama bersama peniaga kecil bumiputera perlu diadakan terlebih dahulu untuk kita memahami cabaran yang dihadapi peniaga dari sudut kekangan kewangan susulan kos yang tinggi untuk proses permohonan dan pematuhan pensijilan halal.
ADVERTISEMENT