Pelakon Angeline Tan mendedahkan dia tidak menerima tawaran berlakon sejak bertudung hampir setahun lalu serta menganggap ianya sebagai ujian buat dirinya. Memetik Media Hiburan, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah berkata merasakan ketika ini mungkin belum ada watak yang sesuai dengan imejnya yang sudah berhijab dan seorang mualaf. “Saya memang kurang menerima tawaran berlakon selepas bertudung. Issey Fazlisham panggil saya berlakon di dalam drama Perang Nasi Dagang pun kerana suami saya. “Jadi, untuk tawaran serius berlakon memang belum ada lagi. Saya masih nak berlakon. Mungkin agak susah untuk mereka cari watak sesuai untuk saya. “Jika dahulu saya banyak berlakon watak berbangsa Cina tapi kini kalau saya berlakon, satu keluarga perlu jadi Cina Muslim,” katanya. Sementara itu, Angeline berkata waktu luang ini boleh dimanfaatkan untuk mendalami ilmu agama serta mengakui janggal kerana dia sudah biasa sibuk bekerja.
“Bila tiada tawaran memang pelik sedikit tapi saya okay sahaja. Sebagai contoh, TV Al Hijrah tiba-tiba buat rancangan tv untuk saya. Saya anggap mungkin inilah masanya untuk saya belajar perkara baharu. Kalau sibuk, agak susah saya nak pergi kursus. “Bulan Julai lalu, saya sepatut ada kursus agama dengan MAWIP tapi disebabkan program ini, saya terpaksa tangguh dan tunggu intake baharu,” katanya. Sumber – Rotikaya |
Kurex replied at 10-9-2024 05:23 PM
sheols ni antara cina yg cantik dan bukan jenis muka cina bukit. dah berumur pun cantik..
fanaz82: dulu kan dia selalu berlakon dalam cerita Cina. paling suka dia berlakon drama Baba Nyonya kat tv Singapore. sekarang dah pakai tudung, susah sikitla ...
ADVERTISEMENT