SEREMBAN: Kenyataaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyatakan cadangan mewajibkan sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara bersifat peribadi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenyataan terbabit tentunya menimbulkan kontroversi yang tidak sepatutnya. “Dia mewakili pandangan individu walaupun ada cadangan ada “concern” bawa dalaman mesyuarat PH dan Kabinet akan teliti tidak payah buat begini.” Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan) d sini, hari ini. “Ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dan pada masyarakat kita. Ada masalah peraturan itu perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was. “ “Tapi kalau dia rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu. Bincang secara elok. “Kalau dia nak wakili beberapa pihak tidak mengapa tapi tidak perlu kerana ia tidak membantu untuk menjernihkan keadaan. Kita kena jaga sentimen orang Islam dan bukan Islam.”
Tambahnya isu berkenaan perlu dirundingkan secara baik serta tidak perlu menunjukkan kehebatan masing-masing. “Negara kita sudah dalam keadaan baik sekarang, politik sudah stabil penghargaan dunia baik, ekonomi naik perlu apa perkara-perkara ini nak merosakkan.” Sumber – Buletin TV3 |
ADVERTISEMENT